Antara Kemelut PPBM Melaka Dan Kerakusan Kuasa Mas Ermieyati
Antara Kemelut PPBM Melaka Dan Kerakusan Kuasa Mas Ermieyati
Ketua Badan Pimpinan Negeri PPBM Melaka yang juga merupakan Ketua Bahagian PPBM Jasin, Mohd Yadzil Yaakub, kini berada dalam tekanan untuk berundur dari akar umbi PPBM Melaka.
Segala-galanya bermula apabila PPBM pusat membuat keputusan untuk menggantung PPBM Jasin kerana memberikan lapuran palsu kepada PPBM pusat.
Ekoran dari itu, timbul desakan dari beberapa akar umbi PPBM Melaka supaya Yadzil melepaskan jawatan Ketua Bahagian PPBM Jasin.
Malah mereka juga menuntut supaya Yadzil melepaskan jawatan sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri PPBM Melaka.
Sebagai respon kepada desakan tersebut, Radzil menyatakan ia hanyalah suara minoriti akar umbi PPBM Melaka.
Dan ia bukannya suara majoriti akar umbi PPBM Melaka.
Jadi tidak timbul keperluan untuk beliau melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.
Bagi pihak yang menuntut Yadzil supaya berundur, mereka mahukan supaya Mas Ermieyati mengambil alih kepimpinan PPBM Melaka.
Hujah mereka, penggantungan PPBM Bahagian Jasin menggambarkan kelemahan Yadzil dalam mengetuai PPBM Bahagian Jasin.
Dan mereka tidak mahu kelemahan tersebut juga berlaku dalam kepimpinan PPBM Negeri Melaka.
“Kita perlukan seorang nakhoda baru yang lebih kuat dan cemerlang dalam menguruskan parti.”
“Kita ada Mas Ermieyati Samsudin individu cukup berpengalaman dalam politik.”
“Dan beliau pada saat ini mesti mengambil alih tampuk kepimpinan PPBM andai PPBM terus mahu tawan Melaka,” jelas akar umbi tersebut.
Ada khabar dari PPBM Melaka yang mendedahkan, sebenarnya apa yang berlaku di Melaka dipercayai adalah sesuatu yang sudah dicaturkan.
Menurut mereka, hasrat Mas Ermieyati sudah lama menyatakan hasrat untuk mengambil alih kepimpinan PPBM Melaka.
Namun selepas tewas dalam Pilihan Raya Negeri Melaka untuk DUN Tanjung Bidara, hasrat tersebut terpaksa dipendam buat sementara.
Namun, dengan kemelut yang berlaku pada kepimpinan PPBM Melaka, ianya ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.
Tetapi selepas berjaya menjadi Ketua Wanita PPBM pusat, apakah Mas Ermieyati akan terus bernafsu untuk menjadi Ketua Badan Pimpinan Negeri PPBM Melaka?
Antara Kemelut PPBM Melaka Dan Kerakusan Kuasa Mas Ermieyati
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anwar Kecam Pihak Yang Mempertikaikan Permohonan Maaf Najib
- Kes SRC Dan 1MDB: Demi Keadilan Atau Demi Dendam
- Anthony Loke Mendahului Keputusan Mahkamah?