Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?

Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?

Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?

 

Dalam satu hantaran di dalam akaun rasmi beliau di Facebook, DS Najib meluahkan perasaan yang bernada sindiran kepada pemimpin UMNO.

Berikut antara bait-bait luahan hati DS Najib:



Sukarnya mencari sahabat sejati.
Belum tentu yang ada di sisi itu sahabat yang hadir di waktu sukar.
Ramai yang tunjuk muka ketika mahu kesenangan.
Ada yang bermuka-muka.
Tetapi hidup ini memang penuh pengajaran.
Dikala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang ke mahkamah hari ini.
Bukan sahaja dari pemimpin-pemimpin parti politik, ataupun kenalan.
Dilihat begitu ramai dari kalangan penyokong dan rakyat biasa yang mengenang jasa dan merindui dasar pentadbiran dahulu.
Ikhlas.
Inilah yang benar-benar sahabat sejati.
Kerana di masa ini apalah yang ada lagi untuk diberi selain penghargaan dan ucapan terima kasih?

Semoga persahabatan di dunia ini kekal, dibawa dan menjadi modal di akhirat.

Cuba kita selami apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh DS Najib dan kepada siapa sindiran itu ditujukan.

Secara ringkasnya, DS Najib meluahkan perasaan kecewa beliau atas sikap manusia yang selama ini bertopengkan persahabatan untuk mendapat laba ketika beliau berkuasa.

Siapakah yang banyak mendapat laba ketika DS Najib berkuasa?



Sudah tentulah bukan rakyat marhaen dan juga sudah tentulah bukan pemimpin politik yang sebelum ini menjadi seteru UMNO.

Fahamkan.

Kalau masih ada yang tak faham, dengarkan luahan hati DS Najib dalam video klip di atas.

Di Mana Pemimpin UMNO Ketika DS Najib Memerlukan Mereka

30 Oktober yang lepas, sekali lagi mahkamah membuat keputusan yang tidak menyebelahi DS Najib.



Hakim Collin Lawrence Sequerah telah membuat keputusan terdapatnya kes prima facie dalam kes 1MDB.

Tidak perlu bercakap mengenai mengapa Jho Low tidak didakwa, mengapa Jasmine Loo tidak didakwa, malah menjadi saksi pendakwaan.

Juga tidak perlu dibahaskan mengapa suami Zeti, Taufiq Ayman tidak didakwa.

Apa yang menyedihkan kita semua adalah, ke mana menghilangnya pemimpin UMNO yang selama ini mendabik dada kononnya akan memperjuangkan keadilan untuk DS Najib.



Di mana mereka ketika DS Najib memerlukan sokongan moral ketika menghadapi saat sukar?

Yang hadir cuma pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal dan ADUN Merliman yang dikenali sebagai YB Mat.

Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said, mungkin sibuk meraikan pelantikan beliau sebagai Presiden IACA!!!



Dan pengumuman pelantikan dibuat tepat pada hari keputusan mahkamah atas kes 1MDB!!!

Mungkin Azalina rasa berita pelantikan beliau lebih penting dari berita keputusan mahkamah kes DS Najib.

Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi pula, sibuk mengumumkan MARA akan menghantar pelajar mereka ke luar negara melalui program Ive League.

Percayalah, program tersebut akan bermula pada 31 Oktober 2024.



Sebab itulah Dr Asyraf memilih tarikh 30 Oktober untuk membuat pengumuman!!!

Ini bukan soal DS Najib, tetapi ini soal semangat setiakawan di dalam UMNO.

Semangat Setiakawan Pemimpin UMNO Yang Bermusim

Cuba imbas kembali bagaimana semangat setiakawan pemimpin PKR terhadap Anwar Ibrahim ketika kes liwat.

Mereka berjaya mencipta naratif bahawa Anwar tidak bersalah sehingga memaksa rakyat supaya bangkit.

Tidak hairan mengapa PKR walau pun satu ketika dahulu cuma mempunyai satu kerusi parlimen kini boleh menerajui kerajaan.

Dan tidak menghairankan juga mengapa UMNO dahulunya menerajui kerajaan kini sudah menjadi parti picisan.

Jangan salahkan rakyat atau akar umbi.

Tidak ada keperluan untuk mereka bangkit kalau dilihat pemimpin UMNO sendiri tidak serius untuk bangkit.

Hanya bercakap mengenai keadilan untuk DS Najib ketika menjelang pilihanraya.

PRN Sabah sudah hampir, percayalah, ketika itu, isu keadilan untuk DS Najib akan kembali dimainkan oleh pemimpin UMNO!!!

Fahamkah Pemimpin UMNO Dengan Sindiran Najib?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button