Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?

Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?

Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?

 

Tidak sampai 2 jam Mahkamah Tinggi mengarahkan DS Najib bela diri dalam kes 1MDB, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa beliau pernah meminta DS Najib mengambil tindakan ke atas Jho Low.

Untuk rekod, di era DS Najib, KJ adalah Ketua Pemuda UMNO.



Dan beliau juga adalah Menteri Belia & Sukan di dalam kabinet DS Najib.

KJ juga mendakwa, beliau meragui kenyataan DS Najib yang mengatakan bahawa DS Najib tidak sedar diperdaya oleh Jho Low.

KJ menambah, selepas dinasihatkan pun bekas perdana menteri terbabit enggan berbuat demikian.

Beliau mengaku menemui DS Najib dan meminta agar Jho Low diambil tindakan.



Jika Jho Low benar-benar bertanggungjawab menyebabkan kerugian besar dalam skandal 1MDB.

“Itu membuka ruang untuk dia mengambil tindakan seperti yang dia dakwa sekarang, bahawa dia telah ditipu.”

“(Tetapi) dia memandang saya dan berkata, Tak, Jho Low adalah ahli perniagaan yang sah,” kata KJ dalam episod terbaru program audio siarĀ Keluar Sekejap.

Penulis tidak mahu mengiyakan atau menafikan apa yang KJ katakan dalam program Keluar Sekejap.



Tetapi, apa yang penulis mahu bahaskan di sini adalah, apa motif KJ membuat pendedahan itu kurang dari 2 jam selepas mahkamah membuat keputusan.

Apa Peranan KJ Sebagai Ketua Pemuda UMNO Dan Menteri Belia & Sukan?

 

Adakah KJ mahu memberitahu seluruh dunia bahawa beliau adalah ahli politik terpaling bersih di era DS Najib?

Dalam permohonan maaf DS Najib, secara jelas beliau nyatakan beliau ada mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan 1MDB.



Tetapi beliau mengambil keputusan yang salah kerana lebih cenderung mendengar penjelasan dari Lembaga Pengarah 1MDB.

Pun begitu, DS Najib dengan segera telah mengarahkan supaya siasatan dilakukan.

Jadi di mana kebenaran dakwaan KJ bahawa DS Najib seperti secara sedar cuba melindungi Jho Low?

Barisan Nasional tumbang kerana undi anak muda dalam PRU 14.



Boleh KJ jelaskan apa peranan yang telah beliau lakukan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia & Sukan untuk membantu Barisan Nasional menarik undi anak muda?

Tidakkah KJ merasakan, beliau sebenarnya punca kegagalan Barisan Nasional dalam PRU 14?

 

Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button