Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar
Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar
Keputusan Mahkamah Tinggi supaya DS Najib membela diri dalam kes 1MDB sudah pasti membuatkan sebahagian rakyat dan akar umbi UMNO merasa sangat kecewa.
Memang benar, membela diri dalam kes tersebut, bermakna mahkamah belum lagi mensabitkan kesalahan ke atas DS Najib.
Walau pun mahkamah berpendapat ada kes prima facie, namun sabitan kesalahan belum lagi dimuktamadkan.
Kes perbicaraan yang telah selesaikan dijalankan hanyalah dakwaan yang disokong oleh saksi pendakwaan mengikut versi pendakwaan.
Untuk sesi membela diri, pihak peguambela akan memanggil saksi peguambela untuk mengukuhkan hujah pembelaan.
Bukanlah sesuatu yang mustahil, selepas sesi membela diri, akhirnya mahkamah memutuskan bahawa DS Najib tidak bersalah.
Namun kepada Najib haters, keputusan mahkamah memanggil DS Najib membela diri sudah diraikan seperti DS Najib sudah disabitkan.
Kalau Najib haters itu di kalangan pemimpin dan penyokong pembangkang atau yang pernah menjadi pembangkang, ianya tidak pelik.
Kerana disebabkan kebencian mereka terhadap DS Najib telah membuatkan mereka tidak melihat perjalanan perbicaraan secara menyeluruh.
Malah ada di kalangan mereka sebenarnya tidak tahu pun kes 1MDB kini akan memasuki fasa pembelaan.
Kalau ditanya kronologi kes 1MDB, lagilah mereka blur.
Tapi disebabkan terpengaruh dengan gelombang kritikan ke atas skandal 1MDB, mereka tidak mahu ketinggalan.
Sama seperti isu GST.
Beramai-ramai berhimpun di Dataran Pahlawan membantah GST.
Bila ditanya apa itu GST, kepala yang tidak gatal digaru!!!
Tetapi yang sangat menyedihkan, ada di kalangan pemimpin UMNO sendiri yang menjadi Najib haters.
Kita tidak lupa, di era siapa DS Najib dipenjarakan, malah pelbagai proses memasukkan DS Najib ke dalam penjara dipercepatkan.
Dan kita juga tidak lupa, di era siapa perjanjian untuk memastikan DS Najib dimasukkan ke dalam penjara telah dibuat.
Pastinya juga kita tidak akan lupa, siapakah yang ketuk pintu rumah DS Najib pukul 2.00 pagi untuk mendapatkan restu DS Najib supaya dapat jadi perdana menteri.
Pelbagai janji dan jaminan dibuat.
Mungkin sekarang beliau sedang ketawa terbahak-bahak.
Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar
Di Syorkan Untuk Anda:
- Beranikah Nik Zawawi Buat Lapuran SPRM
- Antara Kemelut PPBM Melaka Dan Kerakusan Kuasa Mas Ermieyati
- Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?