Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Ahli parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati, mempersoalkan pelantikan Peguam Negara yang baharu, Mohd Dusuki Mokhtar.

Beliau meminta Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, Azalina Othman, menjelaskan sama ada pelantikan Mohd Dusuki sebagai membalas jasa.



Mas Ermieyati juga meminta penjelasan sama ada pelantikan tersebut ada kaitan dengan ucapan Azalina dalam program UMNO pada 2022 supaya perdana menteri memilih orang dia.

Beliau mendakwa rakyat mempersoalkan pelantikan Mohd Dusuki Mokhtar sebagai tanda membalas budi.

 



“Pelantikan peguam negara ini menjadi cakap-cakap di luar sana.”

“Adakah disebabkan oleh budi yang diberikan oleh beliau.”

“Beliau dilantik sebagai peguam negara sebagaimana yang disoal oleh rakyat di luar sana?”

“Kita masih ingat, Yang Berhormat Pengerang (Azalina) pernah sebut perdana menteri perlu melantik ‘orang kita’ sebagai peguam negara.”



“Inilah hasilnya, orang dia dilantik.”

“Kita perlu bersihkan ini supaya tidak ada lagi persepsi negatif terhadap cabang perundangan negara, ini harus kita beri perhatian,” kata Mas Ermieyati.

Inilah masalah yang paling besar kepada pemimpin Perikatan Nasional.

Apakah Mas Ermieyati lupa, waktu Perikatan Nasional menjadi kerajaan pusat, berlaku pendedahan yang menggemparkan oleh Ketua Polis Negara ketika itu.



Hamid Bador yang menjadi Ketua Polis Negara ketika itu mendedahkan terdapat campurtangan yang serius dari pemimpin politik terhadap pelantikan pegawai kanan polis.

Tidak lama selepas itu, tular pula audio yang didakwa milik Hamzah Zainuddin yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Hamzah didakwa berkata sudah mencaturkan budak kita untuk mengisi jawatan penting dalam PDRM.

 



Malah Hamzah secara berterus terang bahawa audio tersebut adalah milik beliau dan mengatakan ianya bukan satu kesalahan.

Jadi, sebelum mempersoalkan pelantikan Peguam Negara sebagai membalas budi dan mengklasifikasikannya sebagai orang kita.

Mas Ermieyati mesti terlebih dahulu dapatkan penjelasan dari Hamzah Zainuddin mengenai istilah budak kita.

 



Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button