Barulah rock! Konsert hampir 3 kilometer dalam tanah
Oleh – Syeikh Baran
Sebuah kumpulan muzik dari Kanada memecahkan Guinness World Records selepas mengadakan konsert pada kedalaman 2,469.9 di bawah tanah, lapor agensi berita United Press International.
Kumpulan dinamakan The Miners & Sons itu menempa rekod dunia kategori konsert bawah tanah paling dalam di dunia.
The Miners & Sons melakukan percubaan tersebut di dalam Lombong Kidd, bandar Timmins.
“Selama 68 tahun, batu (rock) dibawa keluar dari lombong ini. Justeru, kami hanya menggunakan sehari untuk membawanya masuk semula (muzik rock),” kata salah seorang ahli kumpulan itu, Norm Dwyer.
Rekod sebelumnya dipegang oleh kumpulan muzik Shaft Bottom Boys, juga di dalam sebuah lombong di Sudbury, Kanada pada tahun 2020 dengan catatan kedalaman 1,893 meter. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE