Ikan gempa bumi semakin kerap muncul

Oleh – Syeikh Baran


Ikan gempa bumi semakin kerap muncul

Sejenis ikan digelar ‘ikan gempa bumi’ dilihat di luar pantai California, Amerika Syarikat, yang merupakan kali kedua ia ditemui di negeri itu pada tahun ini, lapor akhbar Metro UK semalam.



Ikan dayung atau ‘oarfish’ itu ditemui oleh seorang pelajar doktor falsafah (PhD) dari Institusi Oseanografi Scripps di Universiti California, selepas ia terdampar di pantai Encinitas minggu lalu.

Pelajar tersebut melaporkan bahawa ikan itu bersaiz antara 2.7 meter hingga 3 meter panjang. Ia lebih kecil daripada ikan dayung sepanjang 3.6 meter yang ditemui di luar pantai San Diego, California pada Ogos lalu.

Ikan berbadan panjang mirip ular itu sering digelar ikan gempa bumi kerana ia dianggap peramal berita buruk, khususnya bencana atau kemusnahan. 

Menurut legenda, jika seseorang terlihat ikan dayung, ia adalah petanda amaran bahawa bencana alam seperti gempa bumi akan berlaku.



Misalnya pada tahun 2011, 20 ikan dayung ditemui di pantai Jepun sejurus sebelum gempa bumi dahsyat berukuran 9.0 magnitud melanda.

Justeru, penemuan ikan dayung adalah kejadian luar biasa kerana makhluk itu hidup di zon mesopelagik, kawasan air dalam di mana cahaya tidak dapat menembusi.

Namun, saintis-saintis marin mencadangkan bahawa corak cuaca yang berubah boleh menjadi punca penampakan ikan dayung yang lebih kerap. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button