Memorabilia Titanic termahal dilelong
Oleh – Syeikh Baran
Seutas jam saku emas pemberian hadiah kepada kapten sebuah bot yang menyelamatkan lebih 700 penumpang Titanic, dilelong pada harga £1.56 juta (RM8.8 juta), lapor akhbar Metro UK.
Ia merupakan nilai tertinggi yang pernah dilelong bagi memorabilia kapal itu, demikian menurut firma lelongan dari Britain, Henry Aldridge and Son.
Rekod sebelum ini dicatatkan pada April lalu apabila seutas lagi jam saku emas daripada Titanic dijual pada harga £1.175 juta (RM6.6 juta).
Ia ditemui pada mayat lelaki terkaya di atas kapal itu, John Jacob Astor, dan dijual oleh firma lelongan yang sama.
Jam saku dengan emas 18 karat itu adalah daripada jenama Tiffany & Co.
Rostron menerima hadiah itu daripada balu Astor pada majlis makan tengah hari di rumah agam keluarga tersebut di Fifth Avenue, New York, kata Henry Aldridge and Son.
Jurulelong Andrew Aldridge berkata: “Ia disampaikan sebagai rasa terima kasih atas keberanian Rostron dalam menyelamatkan nyawa mangsa-mangsa kerana tanpanya, 700 orang tidak akan selamat.” – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE