Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

Parti komponen Perikatan Nasional, Gerakan, sekali dilihat cuba memperlekehkan cubaan PAS untuk cuba menjadi parti terpaling Malayu di Malaysia.

Presiden Gerakan, Dominic Lau tidak bersetuju dengan pandangan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, yang pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) akan menjejaskan perpaduan.



Secara terbuka beliau menyanggah pandangan Razman dalam sidang media selepas konvensyen kebangsaan Gerakan ke-52.

“Gerakan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan rangka panduan untuk kita.”

“Bagi kami, UEC bukanlah penghalang kepada integrasi dan perpaduan nasional.”

“UEC adalah peperiksaan sekolah tinggi persendirian Cina yang bersamaan dengan SPM,” tegas Dominic Lau.



 

Razman sebelum itu berkata, gesaan agar UEC diiktiraf membolehkan masyarakat bukan Melayu memperoleh kekuasaan yang tidak sepatutnya di Malaysia.

Dalam isu yang sama, sebelum ini, pemimpin PPBM, Azmin Ali berkata, isu UEC tidak sepatutnya dipolitikkan.

Malah ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor, beliau tidak ada masalah seta tidak teragak-agak untuk mengiktiraf UEC Di Selangor.



Pada tahun lalu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tiada perancangan untuk mengiktiraf UEC, berdasarkan dasar pendidikan negara dan peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996.

Di sebalik keputusan kerajaan pusat, PAS secara tiba-tiba cuba memainkan watak parti terpaling Melayu.

Namun sekali lagi, usaha tersebut diperlekehkan begitu sahaja oleh PPBM dn parti picisan dalam Perikatan Nasional, Gerakan.

Namun agak menghairankan juga, PAS yang selama ini dilihat membisu dalam isu UEC, secara tiba-tiba cuba menjadi vokal.



Bukan bermaksud penulis bersetuju agar UEC diberikan pengiktirafan.

Pendapat penulis adalah dalam konteks kepuraan-puraan PAS dalam perjuangkan bangsa Melayu.

Sebenarnya banyak lagi isu yang berkaitan bangsa Melayu boleh diperjuangkan oleh PAS.

Tetapi itulah perangai sebenar pemimpin PAS yang dilihat sekarang semakin terdesak untuk mengekalkan sokongan pengundi Melayu.



Mungkin kini PAS sudah mula merasakan mereka kini semakin kurang kasih sayang dari pengundi Melayu.

 

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button