Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
Ibarat biduk berlalu, kiambang bertaut.
Demi perjuangan untuk agama, tanah air dan bangsa, ketepikan perselisihan peribadi yang merugikan organisasi.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi telah mengambil keputusan untuk menarik balik penggantungan keahlian pemimpin berpengaruh UMNO, Tajudin Rahman.
Keputusan itu disampaikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi dalam satu sidang media selepas mesyuarat MKT UMNO.
Menurut Dr Asyraf Wajdi, keputusan itu di buat selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.
“MKT sebulat suara untuk menarik semula penggantungan keahlian DS Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta merta.”
“Penggantungan tersebut ditarik balik demi mengukuhkan hubungan dalaman parti.”
“Dan menegaskan komitmen UMNO terhadap prinsip keadilan dan perpaduan.”
“Ia juga sebagai satu usaha memperkukuh perpaduan dalam parti, yang menjadi asas penting dalam menghadapi cabaran politik semasa,” jelas Dr Asyraf Wajdi.
Untuk rekod, sebelum ini Tajudin Rahman pernah menghantar rayuan sebanyak empat kali kepada Majlis Kerja Tertinggi.
Beliau dikatakan hampir berputus asa kerana tidak mendapat kelulusan dari MKT UMNO supaya menarik balik penggantungan beliau.
“Itulah saya cakap, bagi baliklah keris saya itu, keahlian saya itu.”
“Penggantungan keahlian saya itu kenapa tak ada respon?”
“Kalau nak suruh saya kempen, tapi penggantungan saya itu lepaskanlah.”
“Macam mana nak buat kerja?”
“Nak tolong (kempen) kalau saya pun diikat, kaki saya diikat, tangan saya diikat, nak buat apa?,” keluh beliau.
Pemimpin UMNO mesti mengambil pengajaran akibat dari perpecahan dalaman parti.
Kesannya sangat buruk kepada parti secara khasnya dan kepada orang Melayu secara amnya.
Dari sebuah parti yang sering mendominasi kerajaan persekutuan, kerana perpecahan, UMNO kini menjadi parti picisan di dalam kerajaan.
Walau pun menjadi sebahagian dari kerajaan, namun keadilan untuk mantan Presiden UMNO, DS Najib masih tidak dapat diperjuangkan.
Sudah sampai masanya pemimpin UMNO rapatkan saf dan ketepikan semua perselisihan peribadi.
Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
Di Syorkan Untuk Anda:
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan