Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini

Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini

Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini

 

Untuk penyokong-penyokong tegar DS Najib, 6 Januari 2025 ini adalah satu tarikh yang cukup penting.

Sudah tentu mereka berharap agar 6 Januari ini merupakan titik noktah kepada penantian mereka yang bermula dari 2018.



Bagi rakyat yang lain pula, yang mahu mereka nantikan adalah apakah akan berakhir episod drama titah adendum yang telah berlalu selama hampir satu tahun.

Benar, perbicaraan pada 6 Januari ini adalah perbicaraan mengenai kesahihan kewujudan titah adendum.

Dan ianya buka tarikh yang alan menentukan sama ada DS Najib akan mendapat kelegaan hukuman tahanan di rumah atau pun tidak.

Tetapi sekiranya mahkamah mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut, maka Perkara 42(1) dan Perkara 42(4)(a)(b) pula akan menjadi perbahasan.



Sekiranya mahkamah memutuskan kuasa pengampunan adalah kuasa prerogatif YDP Agong, maka DS Najib akan keluar dari penjara untuk menjalani tahanan rumah.

Tetapi apa yang menarik perhatian penulis adalah perhimpunan yang akan diadakan oleh beberapa parti politik pada tarikh tersebut.

PAS melalui Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, telah mengeluarkan pekeliling arahan parti tersebut ke semua cawangan PAS seluruh negara.

Ahli PAS dari setiap pelusuk negara diarahkan untuk menyertai perhimpunan aman pada tarikh tersebut.



PPBM pula Ketua Wanita, Mas Ermieyati berkata, PPBM tidak ada halangan untuk ahli PPBM menyertai perhimpunan tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan, PAS dan PPBM mempunyai agenda politik, ibarat ada udang di sebalik batu.

Tetapi itu bukan isunya.

Isunya adalah, kerajaan diberi tekanan supaya bersikap lebih telus dalam isu tersebut.



Keikhlasan Dan Setiakawan Pemimpin UMNO Akan Di Uji

 

Yang menjadi persoalan yang lebih besar adalah penyertaan dari ahli dan pemimpin UMNO.

UMNO sebuah parti yang besar.

Mempunyai lebih 3.7 juta orang ahli di seluruh negara.



Jika digabungkan jumlah ahli PAS dan PPBM, masih tidak boleh menandingi bilangan ahli PAS dan PPBM.

Tetapi ahli mesti digerakkan oleh pemimpin.

Sejauh mana pemimpin UMNO mahu menggerakkan ahli mereka untuk turun bersolidariti untuk DS Najib, adalah persoalan yang paling besar.

DS Najib bukan rakyat biasa.



Beliau adalah mantan perdana menteri dan mantan presiden UMNO.

Jasa beliau kepada negara tidak terhitung dengan jari dan begitu juga dengan jasa beliau kepada parti dan pemimpin UMNO.

Ramai pemimpin UMNO yang mengisi kepimpinan tertinggi UMNO terhutang budi kepada beliau.

Inilah masanya untuk mereka membuktikan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan keadilan untuk DS Najib.

Juga inilah peluang untuk mereka buktikan bahawa simpati mereka kepada DS Najib bukan retorik politik.

Jangan lupa, mereka akan dihukum sekiranya gagal menggerakkan ahli UMNO hingga jumlah ahli PAS dan PPBM jauh lebih ramai dari ahli UMNO.

Ahli UMNO akan menuduh mereka sebagai pemimpin yang menunggang isu keadilan DS Najib untuk kepentingan politik.

Mereka akan dituduh sebagai pemimpin kacang lupakan kulit.

Maka tunggulah penghakiman dari mahkamah akar umbi ketika pemilihan pasti nanti.

 

Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button