Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Sekiranya diimbas kembali sejarah politik tanah air, penubuhan Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS bermula dari perhimpunan menentang ICERD.

Tentu kita masih ingat lagi bagaimana ratusan ribu akar umbi UMNO dan ahli PAS berhimpun di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018.



Orang Melayu bangkit kerana mahu mempertahankan kedaulatan Raja Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu yang akan tergugat sekiranya kerajaan meraktifikasikan ICERD.

Ketika itu kerajaan yang memerintah adalah Kerajaan Pakatan Harapan yang mana di dalamnya ada parti DAP, PKR, PAN dan PPBM.

Rakyat menentang kerajaan yang memerintah ketika itu.

UMNO dan PAS melakukan kerjasama politik dengan menubuhkan Muafakat Nasional.



Pakatan Harapan mula merasa tergugat dengan Muafakat Nasional.

Mereka cuba mengimbanginya dengan Kongres Maruah Melayu, tetapi ternyata gagal.

Maka bermulalah Langkah Sheraton.

Yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan yang baru memerintah selama 22 bulan tumbang.



Asbab kepada Langkah Sheraton adalah kerana kebangkitan orang Melayu menentang ICERD.

Dan asbab kepada perhimpunan ICERD adalah kerana orang Melayu merasakan perlu mempertahankan agama, kedaulatan institusi Raja Raja Melayu dan kedudukan orang Melayu.

Semua ini sebenarnya sudah dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia, tetapi cuba digugat oleh beberapa orang pemimpin politik.

Kini perhimpunan yang sama sedang dirangka oleh 2 parti politik utama orang Melayu, UMNO dan PAS pada 6 Januari 2025.



Dan kerajaan yang memerintah juga kini diterajui oleh Pakatan Harapan yang majoritinya terdiri dari pemimpin yang sama.

Isu yang menjadi asbab kepada perhimpunan kali ini adalah juga berkaitan dengan institusi Raja Raja Melayu.

Malah diperkuatkan lagi dengan pemimpin yang sedang dizalimi, DS Najib dan beliau sangat disayangi rakyat marhaen.

UMNO dan PAS dilihat sudah hampir pasti menggerakkan akar umbi mereka.



Tetapi ianya sangat tidak disenangi oleh beberapa pemimpin PPBM.

Persoalannya, apakah langkah seterusnya selepas perhimpunan 6 Januari 2025?

Akan tertubuhkah Muafakat Nasional 2.0 dengan wajah kepimpinan yang baharu dari UMNO dan PAS?

 



Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button