Wanita meninggal dunia ketika baca al-Quran di masjid

Jakarta: Tular di media sosial Indonesia satu klip video memaparkan detik seorang wanita meninggal dunia ketika sedang membaca al-Quran di sebuah masjid di Bandung, Jawa Barat.

Video itu dimuatnaik dalam akaun Instagram @ndorobei.official, hari ini, lapor Tribunnews

Kejadian berlaku ketika Majlis Taklim Nurunnisa di Masjid Babussalam di Bandung, pada 9 April lalu.



Dalam majlis berkenaan, wanita yang baju putih itu pada mulanya dilihat mengetuai bacaan al-Quran bersama jemaah lain.

Bagaimanapun, tiba-tiba dia berhenti membaca dan kelihatan tertunduk lemah.

Tidak lama kemudian, wanita itu jatuh terlentang ke belakang dan tidak sedarkan diri.

Jemaah wanita lain kemudian membantu wanita itu beristighfar dan mengucapkan dua kalimah syahadah.



Difahamkan, wanita berkenaan meninggal dunia selepas khatam al-Quran.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen

“Meninggal pada Ahad, selepas khatam terus menghafaz al-Quran, husnul-khatimah,” komen netizen.

Agensi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading