Rudi Garcia meninggalkan Al Nassr

RIYADH: Kelab baharu Cristiano Ronaldo, Al Nassr berpisah dengan jurulatihnya dari Perancis, Rudi Garcia, umum kelab Arab Saudi itu sebentar tadi.

“Al Nassr mengumumkan bahawa ketua jurulatih Rudi Garcia meninggalkan kelab menerusi persetujuan bersama,” kata kelab itu dalam satu kenyataan berbahasa Inggeris di Twitter.

“Ahli majlis dan semua orang di Al Nassr mengucapkan terima kasih kepada Rudi dan stafnya kerana dedikasi sepanjang lapan bulan lalu.”



Garcia, 59, dilantik Julai tahun lalu dan meninggalkan Al Nassr di kedudukan kedua Liga Arab Saudi, tiga mata di belakang pendahulu, Al Ittihad.

Dia sebelum ini melatih Lille, Marseille dan Lyon di negara kelahirannya dan dua setengah tahun mengetuai Roma di Itali.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button