Wageningen mampu perkukuh benteng Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Keterujaan menanti skuad Harimau Malaya beraksi di Piala Asia di Qatar pada Januari depan mungkin boleh dijadikan ‘modal’ untuk memikat seorang lagi pemain warisan yang sedang mencipta nama di Eropah ketika ini.

Pemain itu adalah Dylan van Wageningen apabila mencipta sejarah tersendiri meraih debut pertamanya di saingan utama Liga Belanda iaitu Liga Eredivisie bersama kelabnya, Sparta Rotterdam, kelmarin.

Arena Metro yang pernah melaporkan kisahnya pada Disember tahun lalu apabila dibawa masuk selaku pemain gantian ketika membantu pasukannya mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas Heerenveen.



Lantas, peluang diraih Wageningen itu pastinya memberi pengalaman baharu buat tonggak pertahanan berusia 20 tahun itu bersaing di peringkat tertinggi.

Wageningen difahamkan mempunyai darah Malaysia dari sebelah datuknya dan berpotensi untuk membentuk ‘tembok besar’ bersama tiga lagi tonggak kacukan iaitu Dion Cools, Corbin-Ong dan Matthew Davies yang membentuk gandingan di bahagian pertahanan sejak di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Pendedahan diterimanya dengan dikelilingi budaya bola sepak Belanda dan Eropah sejak kecil, bakal menjadi aset berharga buat skuad Harimau Malaya terutama di Piala Asia nanti.

Difahamkan, Wageningen mampu beraksi di beberapa posisi lain seperti pertahanan kanan dan tengah bertahan.



Sepanjang musim 2022, dia sudah beraksi sebanyak 15 perlawanan bersama skuad B-21 Sparta Rotterdam dan turut mencatatkan tiga bantuan gol.

Ia menandakan dirinya mempunyai kemampuan mencipta gerakan dari bawah untuk menyerang.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button