Didera & Dirogol, Kanak-Kanak 7 Tahun Dijumpai Di Tepi Jalan

Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai didera dan dirogol oleh dua lelaki dan seorang wanita.

Ditemui dalam keadaan tidak terurus

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim, mangsa ditemui di tepi jalan seorang diri sebelum penahanan ke atas suspek dilakukan.

Tambahnya, mangsa ditemui dalam keadaan yang tidak terurus dan kusut masai.



Mangsa dihantar ke Hospital Manjung untuk rawatan selanjutnya.

Daripada hasil pemeriksaaan, mangsa dipercayai dirogol dan didera kerana terdapat kesan kecederaan yang baru dan lama ditemui pada badan mangsa.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek berusia antara 26 hingga 40 tahun dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Susulan daripada itu, mereka direman sehingga 23 April depan untuk siasatan lanjut.



Sumber: Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button