Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie
Oleh Adam Malik
Teruk Majlis Peguam dan yang sewaktu dengan nya kena belasah dengan Tan Sri Shafie.
Dalam sesi soaljawab anjuran Majlis Peguam, Tan Sri Shafie Abdullah , sebagai Peguam bela Datuk Seri Najib membelasah teruk panelist dihadapan nya.
“Sangat pelik apabila Majlis Peguam mengandaikan pihak Judisiari begitu lemah sehingga tidak mampu berhadapan dengan kritikan” kata Shafie.
Majlis Peguam yang sering dilihat sebagai alat pihak pihak tertentu dan bukan sebagai badan bebas tergamam dengan kenyataan TS Shafie.
Pendirian Majlis Peguam sememang nya sudah lama dianggap sebagai lidah parti politik tertentu dan akan memihak kepada kepentingan nya dan bukan kepada keadilan.
Rakyat sudah ramai ‘write-off’ Majlis Peguam dan setiap kali ada ketidakadilan yang bukan terkait pro Majlis Peguam, maka badan ini akan memilih untuk berdiam diri.
Selain dari rakyat, ahli ahli guaman juga dilihat menjauhkan diri dari Majlis Peguam seperti terbukti beberapa bulan lalu dimana acara nya langsung tidak dihadiri oleh ahli ahli nya walaupun ada sekitar 40,000 peguam sekuruh negara.
Pada kes rasuah dan salah laku Hakim Nazlan Majlis Peguam mengambil langkah menunjukan ‘bias’ nya dengan menunjuk protes pada satu himpunan yang proBadan Kehakiman menghalang Nazlan dari didakwa.
Pada sesi soaljawab berkaitan hujah TS Shafie hanya bekas Peguam Tun Mahathir Hanif Khatri sahaja yang dilihat cuba membalas kenyataan TS Shafie.
Ini boleh difahami kerana pada kes Nazlan boleh melondehkan kerja konspirasi mendakwa Najib Razak.
Kenyataan lain yang dibuat oleh TS Shafie ada lah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah melaksanakan tugas nya dengan baik apabila menyiasat salah laku Nazlan dan ia tiada kaitan dengan “Contempt Of Court” atau pun “Separation of Powers”.
Malah, SPRM juga mengikut bidang kuasa nya menyiasat siapa sahaja dan turut memaklumkan kepada Ketua Hakim Negara.
Namun, sebalik nya, dari menghalusi siasatan dan salah laku, Ketua Hakim persoal berkenaan hak menyiasat dan “Adab dan protokol” dan bukan kandungan siasatan.
“Adab dan protokol” tiada dalam perundangan dan akta dan ia sengaja diujudkan oleh Ketua Hakim untuk melindungi Nazlan.
Ini jelas cuba mengalihkan salah laku kepada soal lain pula.
Kini , seluruh negara sudah maklum salah laku Nazlan tambah lagi tersebar nya secara perinci kesalahan dan tindak tanduk nya.
Persoalan besar dari rakyat, bila kah Nazlan akan didakwa dan kenapa cuba melindungi nya kerana ia jelas melanggar kod etika hakim.
Menarik untuk dilihat permainan pihak tertentu cuba melindung salah laku seorang Hakim dengan perguna jargon jargon dan terma undang undang untuk mengabui rakyat.