Zulin, Farhan berbaik dan pertahankan rumah tangga

KUALA LUMPUR: Selepas memberi bayangan rumah tangganya dilanda masalah, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 34, melahirkan kesyukuran di Instagram (IG) menandakan perkahwinannya bersama Farhan Norzaini, 35, masih boleh diselamatkan.

Kata Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz menerusi hantaran di IG, dia dan suaminya mahu mencuba memperbaiki masalah rumah tangga mereka.

“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ini. Kita bagi peluang dan ruang.



“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah. Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam masa sama, Zulin turut memberi bayangan bahawa ada hikmah yang berlaku di sebalik hantarannya sebelum ini.

“Ada sebab kenapa hantaran itu berlaku. Dan ada hikmah di sebalik itu,” katanya.



Terdahulu, Zulin memberi bayangan rumah tangganya dengan Farhan Norzaini yang berusia 14 bulan seperti tidak dapat dipertahankan lagi.

Lebih menimbulkan tanda tanya pengikut, luahan itu diiringi foto majlis pernikahan Zulin dan Farhana pada 20 Februari tahun lalu.

Tindakan itu seolah-olah memberi bayangan berlaku sesuatu dalam hubungan rumah tangganya.

Susulan luahan itu, Zulin juga ada menyatakan tiada sebab untuk berkongsi perkara itu hanya kerana mahu mencari publisiti murahan.



“Kandungan pemasaran, prank? Benda-benda sewaktu dengannya untuk apa?

“Saya tiada lagu nak keluar. Tiada produk nak lancar. Hal begini hanya orang gila sahaja buat gurauan.

“Saya mohon doa, hanya doa. Mental saya sudah cukup koyak. Cukup-cukuplah jangan ditambah,” tulisnya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button