MERSING KITA AMBIL BALIK – NAJIB RAZAK
NAJIB BIDAS LATIF AHMAD
Najib Razak mengulas pendek mengenai video Dr Latif Ahmad yang memperkecilkan Umno Sabah. Mersing Kita Ambil Balik – padat dan ringkas ulasan bekas Perdana Menteri Ke-6.
Pautan – NAJIB RAZAK
“Saya adalah orang yang melompat…teruk juga saya kena kutuk, biasalah tu kalau taknak jangan masuk politik…saya takde facebook, saya takde instagram, saya takde twitter jadi orang tak boleh hentam saya…kalau orang hentam pun saya buat tak tahu sebab saya tak ada (semua itu)” – ketawa – Dr Latif Ahmad.
Latif menang kerusi Mersing menggunakan tiket BN pada Pru14 namun beliau bertindak melompat ke PPBM apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan selepas 9 Mei 2018.
Dalam klip video ‘panas’ Latif kelihatan ‘kerasukan’ apabila cuba memperlekehkan Umno Sabah dengan mengatakan Umno sudah tidak laku dan mereka termasuk dirinya yang melompat disifatkan sebagai berhijrah apabila memilih parti lain sebagai platform selepas menang di bawah tiket Umno/ BN.
Ramai pihak kesal dan marah dengan kenyataan Latif dan hari ini beliau memohon maaf dengan alasan khilaf membuat ulasan berkenaan. Bagaimanapun bak kata pepatah ‘Damage Done’ perahu yang di kayuh Latif terlebih lajak serta mengundang kecaman pelbagai pihak. Malah sudah ada desakan agar beliau meletakkan jawatannya sebagai Menteri dan ada pula yang mencabar untuk beliau melepaskan kerusi Mersing.