Pochettino dilaporkan makin hampir sertai Chelsea

LONDON: Mauricio Pochettino dilaporkan sudah mencapai persetujuan secara lisan untuk menjadi pengurus Chelsea yang seterusnya dan perjanjian itu boleh diselesaikan dalam beberapa hari.

Mail Sport mendedahkan bekas bos Tottenham itu mengadakan perbincangan lanjut dengan pengurusan Stamford Bridge pada Selasa ketika dia hampir pasti kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Kini talkSPORT melaporkan pelantikan Pochettino sudah semakin hampir dengan Chelsea berharap dapat menyelesaikan perjanjian menjelang akhir minggu ini.



Pengendali dari Argentina berusia 51 tahun itu hilang kerja sebagai pengurus sejak dipecat Paris Saint-Germain pada penghujung musim lalu.

Legenda kelab Chelsea, Frank Lampard dijangka akan kekal dalam peranannya sebagai pengurus sementara sehingga akhir kempen dengan Pochettino memulakan tugas pada musim panas.

Perbualan sebelum ini antara Pochettino dan eksekutif Chelsea disifatkan sebagai ‘sangat positif’ selepas dia menjadi calon utama apabila Julian Nagelsmann menarik diri.

Memulakan tugas pada musim panas akan membolehkan Pochettino yang memacu Tottenham ke final Liga Juara-Juara pada 2019 melakukan permulaan awal menjelang kempen musim baharu.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button