Brighton belasah Wolves 6-0
LONDON: Brighton membelasah Wolves 6-0 untuk mengukuhkan peluang layak ke pentas Eropah
Selepas tewas di tangan Manchester United menerusi penentuan penalti pada separuh akhir Piala FA hujung minggu lalu, Brighton mampu menebus kekecewaan itu sekiranya berjaya layak ke Piala Europa atau Liga Konferens Eropah.
The Seagulls yang menghuni tangga kelapan liga itu merekod kemenangan terbesar mereka musim ini, yang turut menyaksikan kemenangan ke atas Manchester United, Liverpool dan Chelsea.
Skuad kendalian Roberto De Zerbi mendahului permainan pada minit keenam di Stadium Amex menerusi Deniz Undav yang menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris pertamanya.