Wajah Fathia berbeza
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, foto terbaharu pelakon jelita Fathia Latiff berbaju kurung menarik perhatian ramai warganet.
Menerusi hantaran foto tersebut, ramai yang menegur perubahan pada wajahnya yang dikatakan kelihatan berbeza daripada sebelumnya.
Susulan itu, Fathia tampil memberi respons mengenai kritikan yang diberikan kepadanya di Instagram Storiesnya (IGs).
Kata Fathia, dia berasa gembira dengan penampilannya sekarang malah turut mempersoalkan warganet mengenai pengetahuan bersolek dan rawatan kecantikan.
Bukan itu sahaja, Fathia turut menyatakan tiada yang salah dengan penampilannya.
“Apa salahnya sekiranya saya nampak berbeza? Anda semua pernah dengar atau tidak mengenai solekan dan rawatan estetik? Saya bahagia dengan wajah saya sekarang ini,” bidasnya.
XTRA