Ikhlas berbakti, menjaga hingga ke akhir hayat menantu dari syurga

Bangi: Biarpun hanya menantu, Ahmad Khairi Ismail melayan ibu mentua, Fatimah Jusof seperti emak kandung sendiri malah ikhlas berbakti dengan menjaga dan menguruskan sehingga ke akhir hayat wanita itu.

Kisah itu dikongsikan Mohd Yazid Ismail, 39, yang juga abang ipar kepada Ahmad Khairi, 32, menerusi hantaran di Facebook (Fb) miliknya.

Menerusi hantaran itu, Mohd Yazid menzahirkan penghargaan buat Ahmad Khairi yang dianggap menantu dari syurga kerana banyak berkorban untuk menjaga ibunya dengan penuh sabar.



“Emak ada masalah buah pinggang kronik selain diabetes dan darah tinggi. Ditakdirkan, emak meninggal dunia pada 4 Mei lalu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan selepas dimasukkan ke hospital 16 April serta ditidurkan selama lapan hari.

“Sebelum berhijrah, Ahmad Khairi membantu menjaga kedai bapanya di Kuantan kemudian cari rezeki dengan berniaga secara dalam talian manakala Radiah bertugas sebagai guru al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dan tetap luangkan masa jaga emak walaupun ada komitmen masing-masing,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bapa enam anak itu berkata, terlalu banyak jasa dan pengorbanan Ahmad Khairi sepanjang menjaga ibunya.

Mohd Yazid berkata, jasa adik iparnya itu juga melebihi pengorbanannya dan adik-beradik lain.



“Kami ada 16 beradik termasuk Radiah (isteri Ahmad Khairi) namun semua sudah menetap di luar kampung. Jadi, kami semua hargai sangat kesudian Ahmad Khairi untuk menjaga emak malah hari dilaluinya mencabar juga kerana banyak tak cukup tidur.

“Bagaimanapun, dia (Ahmad Khairi) seolah manusia yang dilahirkan tanpa perasaan marah kerana sangat penyabar dan tenang orangnya. Mana tidaknya, emak umurnya sudah 73 tahun jadi ada juga kerenahnya tetapi Ahmad Khairi tahan dengan sikapnya dan itu yang buat saya kagum.

“Saya selalu berdoa supaya Allah membalas jasanya dengan berlipat kali ganda dan limpahkan mereka suami isteri dengan kekayaan dunia akhirat,” katanya.

Berhubung hantarannya di Facebook (Fb) yang tular, Mohd Yazid bersyukur kerana ramai mendoakan kesejahteraan roh ibunya.



“Berdasarkan komen, ramai puji juga terinspirasi dengan kisah pengorbanan Ahmad Khairi dan Radiah menjaga emak.

“Rata-rata netizen yang mendoakan emak dan sebagai anak, saya ucapkan terima kasih kepada semua serta sangat hargai setiap doa yang dititipkan,” katanya.

“Di akhir hayat, Ahmad Khairi dan isteri iaitu adik saya (Radiah Ismail, 33) yang sebelum ini menetap di Kuantan, Pahang sanggup berpindah ke Kampung Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan untuk tinggal dengan emak.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button