Keen Hoo bangkit sensasi

Phnom Penh: Jaguh snuker negara Moh Keen Hoo mempamerkan kebangkitan sensasi untuk meraih pingat emas Malaysia ke-15 di Sukan Sea Kemboja selepas memenangi acara 6 ‘red ball’ perseorangan hari ini.

Atlet dari Pulau Pinang hampir tewas kepada lawannya dari Laos Siththideth Sakbieng apabila ketinggalan 0-3 (33-27, 27-9, 40-9) dalam tiga frame pertama di Aeon Mall 2 di Phnom Penh.

Sakbieng sebelum itu menyingkirkan juara bertahan Lim Kok Leong 5-2 pada suku akhir tetapi Keen Hoo kembali bangkit dengan memenangi lima frame seterusnya (36-4, 36-29, 47-0, 40-15 dan 39-8).



Keen Hoo, 36, yang tampil kali ke-9 di temasya Sukan Sea berkata dia tidak jangka mampu bangkit dan berasa bertuah dapat memanfaatkan kesilapan Sakbieng.

“Saya gagal beraksi dengan baik pada permulaan, saya terlalu menekan diri saya tetapi selepas ketinggalan 0-3 saya kembali tenang dan akhirnya dapat semula rentak,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button