Jazlan seru beri peluang kepada Umno Kelantan
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Umno Kelantan, Datuk Jazlan Yaakob, menyeru agar anak muda Kelantan memberi peluang kepada Umno pada PRN akan datang.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai Majlis bacaan Yassin sempena 77 tahun penubuhan Umno di WTC malam tadi.
Jazlan mengakui jentera Umno Kelantan merupakan antara yang terbaik, namun pengundi masih belum memberi kepercayaan kepada Umno untuk mentadbir Kelantan kembali.
Ikuti temubual eksklusif my-tv.online bersama Datuk Jazlan Yaakob di Menara Dato Onn.
Kelantan pernah ditadbir Umno/BN sebelum kerajaan negeri diambil alih PAS selepas penubuhan Semangat 46 berikutan kekalahan Tengku Razaleigh di tangan Dr Mahathir bagi merebut jawatan Presiden Umno.
Generasi muda Kelantan perlu melihat kembali sejarah Umno Kelantan dan mempertimbangkan semua aspek dalam Pilihanraya Negeri akan datang samada mahu membiarkan Negeri Cik Siti Wan Kembang terus dibelenggu kemunduran atau mahu membawa perubahan dari sudut ekonomi ke negeri tersebut.