Elly Ariffin tumpang gembira untuk bekas suami

Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon, Elly Ariffin menafikan kenyataannya berhubung perkahwinan bekas suaminya, Jiggy Masin dan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri sekadar menumpang populariti pasangan itu.

Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin, 33, berkata, dia terkilan dengan dakwaan itu dan berpendapat tidak salah menumpang gembira untuk bekas suaminya itu.

“Saya terkilan bila dalam media sosial, ada yang kata saya menumpang populariti Jiggy dan Dhabitah. Mereka mempersoalkan kenapa bila berita perkahwinan mereka sudah viral, kemudian saya muncul dengan beri kenyataan.



“Saya bukan saja-saja beri kenyataan, sebagai orang yang pernah berada dalam hidup dia (Jiggy), mengapa tidak saya berkongsi rasa gembira dengannya. Tidak salah jika sama-sama berkongsi perkara positif. Tidaklah semua bekas isteri itu teruk sangat,” katanya.

Terdahulu, Elly memuat naik ucapan tahniah sempena perkahwinan Jiggy dengan atlet negara itu namun mengundang pelbagai reaksi.

Elly mempunyai hubungan baik dengan bekas suaminya dan terbuka dipertemukan dengan Dhabitah.

“Walaupun sudah berpisah, namun saya dan Jiggy masih berkawan baik. Malah, saya juga terbuka sekiranya Jiggy bawa Dhabitah bertemu saya.



“Malah memang pernah pun Dhabitah ingin berjumpa saya, cumanya waktu itu tidak kesampaian sebab agak sibuk.

“Setiap individu berbeza pendekatan yang mereka lakukan, biarpun saya pernah menjadi isteri Jiggy, tetapi usia saya dan Dhabitah sangat berbeza.

“Saya tidak layak untuk beri nasihat pada Dhabitah, tetapi saya percaya dia ada caranya tersendiri untuk jaga dan pikat hati Jiggy,” katanya.

Terdahulu, Jiggy dan Dhabitah selamat melangsungkan pernikahan yang diadakan secara tertutup pada 28 April lalu.



Elly dan Jiggy pernah mendirikan rumah pada 9 September 2016, tetapi bercerai ada Januari 2020. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button