Jennie Blackpink & V BTS Kantoi ‘Dating’?

Sejak semalam, tular satu video memaparkan pasangan bercinta yang dipercayai merupakan anggota kumpulan Blackpink iaitu Jennie dan Taehyung dari kumpulan BTS sedang berjalan sambil berpegangan tangan di Paris.

Jennie, V bercinta?

Meskipun rakaman tersebut tidak menunjukkan wajah yang jelas namun para peminat percaya dua sosok itu adalah Jennie dan Taehyung atau lebih mesra dengan panggilan V berdasarkan pakaian yang dipakai mereka.

Turut kelihatan tiga individu lain yang mengikuti dari belakang adalah pengurus dan pembantu peribadi artis terkenal ini.



Pakaian sama

Menerusi hantaran lain, peminat turut menampilkan bukti berupa beberapa foto Jennie, V dan pengurus mereka yang mengenakan pakaian yang sama seperti video tular itu.

Susulan daripada video tersebut, ramai peminat di seluruh dunia beranggapan bahawa Jennie dan V kini sedang hangat bercinta malah pasangan ini juga dikatakan lebih terbuka di tempat umum dan tidak lagi menyembunyikan status hubungan mereka seperti sebelum ini.

Namun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensi kedua-dua penyanyi terkenal ini berhubung khabar angin tersebut.

Sumber: Allkpop, TikTok




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading