Suami Isteri Campak Bayi 3 Bulan Dalam Perigi, Tak Tahan Asyik Nangis
Anak merupakan anugerah berharga bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun begitu, masalah kewangan mampu menjadi faktor terbesar kepada masalah pembuangan bayi.
Begitulah kisah sepasang suami isteri dari Jepara, Jawa Tengah yang didakwa membunuh bayi tiga bulan mereka.
Menerusi laporan Detik, pasangan berkenaan bertindak mencampak bayi mereka ke dalam perigi yang memiliki kedalaman 20 meter.
Menurut Ketua Polis Jepara, Ahmad Masdar Tohari, pasangan tersebut turut terkejut dengan ketiadaan bayi mereka yang dikatakan hilang secara tiba tiba sebelum mengakui hal sebenar.
Selepas menerima laporan, pihak polis membuat operasi pencarian sehingga menjumpai mayat bayi di dalam perigi.
Ibu bapa bayi tersebut akhirnya mengaku membuang bayi mereka kerana tidak tahan asyik menangis dan sering sakit.
Difahamkan, si suami hanya bekerja sebagai buruh kasar dan si isteri merupakan suri rumah tangga sepenuhnya.
Pasangan suami isteri yang berusia 44 dan 31 tahun itu memiliki dua cahaya mata lagi. Faktor ekonomi yang mencabar menjadi salah satu motif pembunuhan bayi tersebut.
Sumber: Detik