Tiz Zaqyah nak ‘buat’ hidung?

KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Tiz Zaqyah memaklumkan pernah berhasrat ‘mencantikkan’ hidung kerana dikatakan mempunyai bentuk senget dan lubang hidung kembang.

Tiz menerusi ciapan di Twitter miliknya, baru-baru ini mendedahkan pernah terlintas untuk membuang tahi lalat yang berada atas bibirnya itu.

Bagaimanapun, Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak menerima raut wajahnya dengan sepenuh hati selepas banyak menghabiskan masa melukis sehingga memberikannya pengajaran mengenai kesempurnaan.



“Soal hidung, dia tidak bersalah apa. Pernah terfikir untuk ‘cantikkan’ tapi… hidung ini jugaklah yang menaikkan seri wajah saya.

“Jadi, Alhamdulillah, saya kekalkan sahaja apa yang mampu.

“Saya selalu tertanya-tanya, kenapa hidung tidak secantik ibu bapa saya. Saya dapat hidung senget dan kembang pula.

“Tetapi tidak mengapalah. Saya hampir mahu buang tahi lalat dekat atas bibir. Tetapi, saya tersedar, kalau kosong, muka saya pun jadi kosong..,” tulisnya berserta tanda pagar pengakuan.



Katanya, melukis dan melakar potraits banyak mengajarnya tentang kesempurnaan.

“Tiada cop jari yang boleh dipalsukan, seperti wajah kita juga.

“Kita semua ada keunikan tersendiri. Jadi ya, saya tidak akan mengubah hidung saya.

“Malah, direktor pernah berkata ‘Tiz kalau nangis hidung nangis dulu’,” tulisnya lagi.



XTRA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button