Pemandu bas kilang parah, sembilan penumpang cedera
Pemandu bas kilang parah, sembilan penumpang cedera
KLANG: Seorang pemandu cedera parah selepas bas kilang dipandunya merempuh sebuah lagi bas kilang serta dua kenderaan lain dalam satu kejadian dekat Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala ke Telok Gong, di sini, pagi tadi.
Pemandu berusia 48 tahun itu tersepit di tempat duduknya dan mengalami patah di bahagian paha kanan, sementara sembilan daripada 40 penumpang yang dibawanya mengalami cedera ringan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 8 pagi.
“Bomba berjaya mengeluarkan mangsa pada pukul 8.25 pagi menggunakan peralatan khas. Manakala, tiga lagi pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Sembilan penumpang bas berkenaan hanya cedera ringan dan merupakan pekerja warga asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, kesemua mangsa dibawa Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan. – UTUSAN
Pemandu bas kilang parah, sembilan penumpang cedera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri harus terima hakikat tindakan nya antara punca kekalahan UMNO.
- Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?
- Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?