Lelaki meninggal dunia selepas jatuh di tandas

Lelaki meninggal dunia selepas jatuh di tandas

Lelaki meninggal dunia selepas jatuh di tandas
PETUGAS KKM memeriksa Simon Tan Cheng Kim sebelum mengesahkan warga emas itu meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika berada dalam tandas dekat rumahnya di Setia Alam di Shah Alam, Selangor, awal pagi tadi.

SHAH ALAM: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh ketika berada dalam tandas dekat rumahnya di Setia Alam, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, mangsa, Simon Tan Cheng Kim, 55, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pukul 3.04 pagi dan pengadu memaklumkan mangsa lelaki berumur 55 tahun didapati terkunci di dalam tandas dan dipercayai pengsan.



“Bagaimanapun mangsa sudah dibawa keluar oleh isterinya ketika pasukan penyelamat sampai pada pukul 3.22 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Lelaki meninggal dunia selepas jatuh di tandas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button