PAK AKOP KENA LEMPANG SEBAB KATA SENAH “TAK PANDAI MAIN”, JALIL KENA MINTA MAAF?
KISAH SINIS DI LANGKAWI
Sidang parlimen yang baru bermula dilanda pelbagai cerita menarik dan hangat. Paling mencuri perhatian bagaimana Tun Mahathir terduduk selepas beliau tidak boleh mematah sindiran Bung Moktar dari Kinabatangan berkaitan Umno. Jika diteliti pertikaman antara Mahathir, Bung bukanlah sesuatu yang biadap dalam Parlimen cuma ia nampak tidak normal bila diterjemah diluar konteks parlimen.
Kisah tersebut menarik perhatian apabila ada gesaan netizen terhadap Ahli Parlimen agar tidak bersikap biadap terhadap Mahathir sebagai ‘orang tua’ namun ada juga yang menentang kerana perkara dalam parlimen atau sebarang perbahasan parlimen berakhir dalam parlimen sahaja.
Seorang netizen memberi gambaran perkara tersebut secara santai dan berkias namun penuh makna. Dikenali sebagai BAHAZELAN WAHAB beliau menulis dalam bentuk satira untuk pembaca lain.
Sebelum ini Pakatan Harapan yang memerintah selama 22 bulan melakukan pelbagai kebejatan terhadap pihak lawan. Pelbagai bentuk tekanan diberikan kepada pihak lawan dan Mahathir yang dikenali sebagai seorang yang tidak peduli perihal lain selain apa yang dikehendaki sememangnya berkuasa penuh, namun kini beliau hanyalah ahli parlimen biasa tanpa sebarang jawatan.
Mungkin ada pihak lupa bagaimana Mahathir bertindak selepas mendapat kuasa? Berapa ramai individu kehilangan pekerjaan dan mata pencarian kerana dasar baru Mahathir? Berapa parti politik yang dibekukan akaun atas tuduhan salahguna dana? Berapa ramai individu turut dibekukan akaun namun akhirnya selepas dibawa ke Mahkamah akaun dilepaskan kerana tiada bukti salahguna dana seperti didakwa? Belum lagi kisah HUKUMAN DIJATUHKAN SEBELUM KE MAHKAMAH kerana Mahathir dakwa sebagai kesalahan.
Untuk itu pembaca boleh menghayati cerita Pak Akop dan Senah Janda dibawah.
“Pak Akop ngorat Kak Senah Janda .. Umur Pak Akop sudah lewat 70an, Kak Senah baru awal 50 an.
Kak Senah tak setuju untuk berkawin dengan Pak Akop kerana Pak Akop terlalu tua dan pastinya kurang tenaga nak menjaga dia. Pak Akop merajuk dengan rasa keciwa Pak Akob mula memburuk-burukkan Kak Senah dengan mengatakan Kak Senah tu kaki cukur duit dia, tak pandai masak dan paling teruk dia kata Kak Senah tu ‘main’ pun tak pandai.
Nak di jadikan cerita, apa yg Pak Akop burukkan Kak Senah sampai ke telinga anak lelaki Kak Senah yg bernama Jalil (Seorang Tentera). Panasnya Jalil jangan ceritalah, kalau ikutkan hati dia mau diparangnya saja Pak Akop tu sebab memburukkan emaknya.
Maka di cari Pak Akop dan terjumpalah Pak Akop di kedai Cik Kiah sedang mengopi sorang diri, (mungkin nak mengurat Cik Kiah janda ni pulak agaknya). Tanpa banyak cakap Jalil bertanya Pak Akop ngapa buruk2kan nama mak dia pada orang lain, Pak Akop selamba jer jawab memang betul Mak awak tu tak pandai ‘main’.
Berdesing telinga Jalil tanpa buang masa terus Phanggggggg!!! Penampar jalil hinggap ke muka Pak Akop. Terus Pak Akop terduduk tak melawan dan minta maaf sambil mengaku memang dia cintakan Kak Senah tetapi Kak senah tak sukakan dia.
Tersebarlah cerita Jalil menampar Pak Akop (seorang bekas guru silat beruang yg hebat) dan Pak Akop tak melawan. akhirnya cerita itu sampai ke telinga Kak Senah.
Kak senah terus menghubungi Jalil dan marah sebab tak hormat orang tua dan menyuruh Jalil minta maaf kepada Pak Akop. Terpinga-pinga Jalil nak lawan emaknya kerana sayangkan Kak Senah. Hanya yg keluar dari mulut Jalil .. ‘Baik lah mak, Jalil Sayang mak!’
Tersandar Jalil di dinding umah dia sambil berfikir ‘di mana kah salah aku ….?’
Nota : Nama2 di atas adalah nama rekaan tidak ada kena mengena dengan yg hidup mau pun yg telah mati.”
Jadi kepada mereka yang menjadi pemerhati politik usah terlalu cepat menentukan hukuman atau menjatuhkan hukuman kepada ahli parlimen lain ketika mereka bersidang. Cuma apa yang perlu diperbaiki hanyalah tatacara dan kesopanan yang sebaiknya bila berhujah dan berdebat mengenai isu.