Bebaskan Najib segera untuk menang PRN – Zaid Ibrahim
Ketika isu Presiden UMNO , Datuk Ahmad Zahid Hamidi membuat kunjungan terhadap Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di penjara belum lagi reda , bekas Menteri undang undang Datuk Zaid Ibrahim pula menyeru agar DSNR dibebaskan segera.
Zaid Ibrahim memberi kenyataan bahawa jika pihak Barisan Nasional dan Pakatan hendak menang PRN, itu lah perkara yang terbaik untuk dilakukan.
Zaid berkata pengaruh DSNR masih kuat dan ia mampu membantu memberi kemenangan kepada BN/PH pada Enam Pilihanraya negeri yang akan datang.
Anwar Jbrahim akan mendapat faedah dari pembebasan Najib , kata Zaid.
Pembebasan Najib tidak akan menggugat kedudukan Anwar , malah mampu memperkuatkan lagi Anwar sebagai Perdana Menteri kerajaan Madani.
Ini sekakigus dapat menaikan imej Anwar Ibrahim sendiri kata Zaid.
Kempen yang dibantu oleh Najib sebelum dipenjarakan oleh kerajaan Ismail Sabri membawa impak yang besar pada PRN negeri Melaka dan Johor sebagai pembuktian.
Maka, kerajaan Madani seharus nya membuat langkah membebaskan Najib segera untuk mendapatkan impak yang sama pada Enam PRN ini.