Ameera Khan Beli Kuda Tanpa Pengetahuan Bapa? Ini Sebabnya!

Ameera Khan Beli Kuda Tanpa Pengetahuan Bapa? Ini Sebabnya!

Ameera Khan Beli Kuda Tanpa Pengetahuan Bapa? Ini Sebabnya!
Ameera Khan Beli Kuda Tanpa Pengetahuan Bapa? Ini Sebabnya!

Studio Sembang merupakan sebuah rancangan, yang menghimpunkan selebriti serta influencer terkenal dari Malaysia. Rancangan tersebut juga membolehkan netizen mengetahui kisah kehidupan peribadi tetamu jemputan tersebut. Terutamanya peminat mereka, pasti ingin mengetahui mengenai bagaimana cara kehidupan mereka masa kecil dan perkara yang paling tak dapat dilupakan yang pernah berlaku dalam hidup mereka.

Tak Terfikir Akan Suka Untuk Menunggang Kuda

Dalam Studio Sembang, Ameera di tanya mengenai soal hobinya menunggang kuda kerana dia sering memuat naik gambar di instastory miliknya serta kelihatan sentiasa bersama dan menunggang kuda.

Kata Ameera, dia tidak pernah terfikir untuk menunggang kuda di Malaysia sehingga kawannya ajak untuk melakukannya di sini. Pada mulanya, Ameera menjangkakan bahawa dirinya tidak akan suka untuk menunggang kuda lagi kerana pernah mencubanya sewaktu kecil. Namun setelah beberapa kali memasuki kelas menunggang kuda, hatinya berubah serta jatuh hati dengan hobi terbarunya itu.



Ameera Khan Beli Kuda Tanpa Pengetahuan Bapa? Ini Sebabnya!

Tambahnya lagi, baru-baru ini Dia telah membeli seekor kuda untuk lebih mendalami hobinya itu, akan tetapi ayahnya tidak mengetahui mengenai kuda yang baru dibelinya.

“2 minggu yang lalu, saya membeli kuda, ibu saya mengetahui perkara ini akan tetapi ayah saya tidak. Sebabnya ibu saya beritahu ayah yang saya ingin membeli kuda dan jawapan dari ayah adalah saya kene buktikan kepadanya bahawa saya boleh menjaga kuda sebelum membelinya.”-kata Ameera

“Lepastu saya berkata kepada ayah, macam mana saya nak buktikan sedangkan saya tiada kuda, dan kemudian saya membelinya”-tambah Ameera

Selain itu, Ameera memberitahu bahawa, kini dirinya sedang menikmati kehidupan yang diidamkan olehnya dan apa yang ditunjukkan di laman instagram hanyalah 10 peratus dari kehidupannya. Dia berkata lagi, tidak ingin kongsikan sepenuh kehidupannya kepada umum kerana mengingati pesanan salah seorang kakaknya  iaitu “Ikut resmi padi, semakin berisi  semakin menunduk”



Ameera Khan Beli Kuda Tanpa Pengetahuan Bapa? Ini Sebabnya!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button