Tun Mahathir bakal ke mahkamah atas beberapa pertuduhan?

Sudah beberapa kali Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ‘hint’ bahawa Tun Mahathir ada terbabit dengan salah laku dan salah guna kuasa Ketika berkuasa selama duapuluh dua tahun.

Malah DSAI turut menyebut nya beberapa kali dalam ucapan nya dimerata ceruk negara.

Dalam salah satu ucapan nya DSAI menyebut secara tidak langsung berkenaan seorang Bekas Perdana Menteri ada perguna kan kuasa untuk memperkayakan anak beranak dan juga kroni nya.



Kenyataan DSAI dipersidangan parti nya ini mengundang kemarahan Tun Mahathir lalu akibatkan Tun Mahathir membuat saman RM150 juta terhadap Anwar.

Kemudian , Anwar pula menyahut cabaran saman Mahathir dan meminta sedikit tempoh untuk menjawab.

Akhir nya DSAI persiapkan kertas jawapan dan akan berhadapan dengan  Mahathir dimahkamah.



Terkini , semalam DSAI telah memberi maklum apa apa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa berprofil tinggi , yang akan diambil tindakan tidak akan bermotif politik sebalik nya benar berlaku.

Pada hari Isnin DSAI menyatakan – “Orang yang menganggap ini sebagai siasatan bermotif politik, harus melihat kepada fakta dan bukan sentimen politik untuk kelirukan rakyat.

Maka, jelas ia satu kenyataan ditujukan kepada Mahathir.



Selain itu Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Sabtu lalu, juga ada membuat kenyataan.

SPRM memaklumkan akan meneliti unsur kesalahan rasuah berhubung dakwaan isu pemberian kontrak gentian optik RM214.2 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan Dr Mahathir.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan akan dijalankan sekiranya asas itu wujud mengikut kesalahan rasuah.



Maka, dengan segala rumusan diatas , sah beberapa kes akan dikenakan terhadap Mahathir  dan sedang dipersiapkan.

Boleh lah dikatakan petunjuk petunjuk diatas memberi maklum bahawa kes terhadap Tun Mahathir akan dibentangkan tidak lama lagi.

Kami juga dimaklumkan , kes terhadap Kroni rapat Tun Mahathir , Tun Daim dan dua Tan Sri lagi juga sudah hampir siap kertas siasatan nya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button