Anthony Loke bidas kenyataan Tony Pua dengan pantasnya
“Saya ingin mengingatkan semua pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran.
“Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP,” Anthony Loke
Didalam Parti DAP juga ada individu seperti Annuar Musa, Khairy Jamaluddin dan Shahidan Kassim.
Ada faksyen faksyen berlainan dan tidak sehaluan.
Bukan UMNO sahaja parti yang ada individu yang menjadi “loose canon” , bahkan parti parti lain juga ada termasuk lkah Parti DAP.
Semalam , sebaik sahaja Tony Pua memberi kenyataan bahawa UMNO sebuah parti Korup didalam ceramah nya, maka ia telah menjadi viral dan tukar.
Di Ketika banyak pihak persoal gandingan antara UMNO dan Pakatan Harapan , timbul pula kenyataan dari Tony Pua, maka sudah tentu menjemput kontroversi kepada kedua pihak.
Untuk makluman , Tony Pua bukan dari faction yang sedang menguasi DAP.
Tony ada lah saki baki kerajaan PH 1.0 Tun Mahathir yang sangat banyak membuat kerosakan kepada negara.
Tidak sampai 24 jam dari kenyataan Tony , Saetiausaha Agung DAP Anthony Loke segera membidas kenyataan Tony.
Kenyataan SUA DAP boleh di baca di bawah ini :-