Bakal calon MB Negeri Sembilan kuat tidur?

Oleh – Bakhtiar Omar


Bakal calon MB Negeri Sembilan kuat tidur?
Foto -April 2021

Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith bertanding di DUN Juasseh mewakili Perikatan Nasional. Ada desas-desus mengatakan beliau ‘mengamuk’ selepas namanya tiada dalam senarai awal calon PN Negeri Sembilan.

Nama Eddin popular selepas kejadian tertidur di atas pentas dirakamkan dan menjadi tular seluruh negara. Bekas Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan itu turut dikatakan sebagai calon MB Negeri Sembilan sekiranya PN berjaya menguasai DUN N.Sembilan pada 12 Ogos nanti.



Eddin kalah kerusi Kuala Pilah kepada Adnan Abu Hassan dari Umno dengan majoriti 6,483 pada PRU15.

Beliau akan bertanding satu lawan satu dengan Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (BN) di Juasseh.

Mengikut rekod khidmat Eddin, beliau memulakan karier sebagai Timbalan Menteri Komunikasi pada 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 dibawah Tun Mahathir. 



Eddin kemudiannya bertukar 3 Kementerian, 2 bawah Muhyiddin 1 bawah Ismail Sabri sebagai Timbalan Menteri sehingga November 2022.

Beliau disingkirkan dari jawatan Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan selepas jawatan tersebut diambil alih Faizal Azumu.

Carian di media sosial (facebook) mendapati kali terakhir Eddin mengemaskini medium tersebut adalah pada 15 Julai 2018.

Bakal calon MB Negeri Sembilan kuat tidur?
Carian Facebook

Adakah beliau sebenarnya layak untuk diangkat sebagai Menteri Besar N.Sembilan kerana carian berkaitan manifesto beliau untuk DUN Juasseh tidak dijumpai.



Malah foto-foto gerak kerja kempen juga tidak kelihatan di rangkaian media sosial. Bersangka baik mungkin beliau lebih menumpukan untuk bertemu pengundi secara fizikal dari pada menggunakan ruangan maya.

 

 

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button