‘Politiking’ siapa dalam PAS yang benam legasi Nik Aziz?
Oleh – Bakhtiar Omar
Siapa dalam PAS sebenarnya yang benam legasi Allahyarham TG Nik Aziz dari dunia politik hanya kerana terlebih ‘politiking’?
Nik Abduh sudah 2 kali dinafikan dari bersama PAS (Parti Islam Se-Malaysia) untuk proses demokrasi memilih pemimpin negara dan negeri.
Pada PRU15, nama Nik Aziz langsung tidak dicalonkan PAS untuk mewakili mana-mana Parlimen dalam Kelantan manakala dalam PRN sekali lagi beliau diketepikan.
Para pemerhati politik berpendapat, ada kalangan politikus dalam PAS sendiri gentar sekiranya Nik Abduh diberikan laluan bertanding pada Pilihanraya Negeri.
NIK ABDUH TIDAK LAYAK JADI MB KELANTAN?
Tidak menolak kemungkinan Nik Abduh menjadi pilihan pengundi Kelantan untuk diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru sekiranya beliau bertanding.
Sekurangnya dikatakan ada 3 kelompok dalam PAS yang bertungkus lumus menghalang legasi Nik Aziz dari menjadi sebahagian daripada pemerintahan negeri Kelantan dan peringkat Persekutuan.
Mereka ini gusar sekiranya diberikan laluan kepada Nik Abduh, segala persefahaman, perjanjian serta perolehan dalam gabungan politik PAS akan dirombak dengan drastik bagi mengelakkan undur ‘syubhah’ dalam PAS.
Kelompok ini juga sebenarnya sedang membawa satu pemahaman baru ke PAS bagi ‘menghalalkan’ cara apa sahaja supaya matlamat yang difikirkan mendatangkan keuntungan bagi parti.
Lihat sahaja cara salah seorang figura yang diangkat sebagai ‘pahlawan’ bercakap di atas pentas. Keangkuhan figura tersebut sebenarnya tidak selari dengan imej PAS itu sendiri dan memberi gambaran parti itu telah ‘menghalalkan’ perbuatan mencerca serta melepaskan kata-kata keras terhadap pihak lawan.
Fahaman Liberalisme sudah semakin ‘merasuk’ PAS sejak mereka bersama dalam satu gabungan parti-parti politik sehingga ayat Quran turut dimanipulasi semata untuk ‘menghalalkan’ politik PAS itu sendiri.
Sekiranya Nik Abduh dibenarkan ke gelanggang Persekutuan, sudah pasti Liberalisme ini akan ditolak berpandukan kepada nasihat-nasihat yang ditinggalkan Allahyarham Nik Aziz.
KECEWA DENGAN ‘POLITIKING, NIK ABDUH MEMILIH UNTUK ‘BERPUASA POLITIK’
Nik Abduh akhirnya mencari jalan tengah untuk mengelak kemelut berpanjangan dan beliau telah menyatakan akan berehat dari politik untuk satu jangkamasa yang tidak diketahui.
Apa nasib rakyat Kelantan dalam tempoh 5 tahun akan datang? Adakah mereka akan menikmati pemerintahan yang menepati ciri-ciri Islam atau hanya sekadar nama sahaja?
Tepuk dada, tanya selera. Sebagai pengundi, rakyat Kelantan berhak mendapat sebuah kerajaan yang lebih efisien dan baik dalam metadbir serta membawa lebih banyak kemajuan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.