Mohon maaf , Takut juga PAS kepada Parti Gerakan
Seringkali PAS tempelak umno jika ada kesempatan muncul.
Lebih lagi jika ada apa apa berkaitan MCA dan DAP.
Umno akan segera dituduh takut dan akur kepada komponen nya.
Namun sebenar nya, PAS juga amat takut dengan Parti Gerakan, salah satu anggota komponen nya di dalam Perikatan Nasional
Setelah tular bideo tindakan ahli jawatankuasa kempen ceramah PAS melayan Presiden Parti Gerakan, Dominic Lau secara tidak berhemah dan biadap, kini tiba tiba Datuk Takiyuddin Hassan mewakili PAS memohon maaf secara terbuka.
Walaupun kerosakan sudah berlaku , maka maaf tetap dipinta kerana imej PAS terhadap pandangan masyarakat bukan melayu sangat terkesan.
Bagaimana PAS hendak urus negeri atau negara dengan imej yang buruk terhadap kelakuan sedemikan
Apa yang jelas , PAS bukan lah seperti yang penyokong nya sendiri andaikan.
Parti menang banyak kerusi akur kepada parti tiada kerusi itu lah yang dapat di lihat.