Lebih 3,000 orang dipindahkan akibat kebakaran hutan
Lebih 3,000 orang dipindahkan akibat kebakaran hutan
Paris: Lebih 3,000 orang dipindahkan akibat kebakaran hutan melanda berhampiran Saint-Andre pada petang Khamis, di selatan Perancis.
Kebakaran berlaku kira-kira 5.15 petang waktu tempatan (1515 GMT), Xinhua memetik laporan saluran berita Perancis BFMTV.
Menurut anggota bomba tempatan, kira-kira 530 hektar tanah terbakar, mengakibatkan lebih 3,000 orang dipindahkan ke kawasan selamat.
Pegawai jabatan Rodrigue Furcy berkata, keadaan beransur “baik”, tetapi kebakaran “belum dapat dikawal sepenuhnya.”
Lebih 500 anggota bomba dikerah untuk membendung kebakaran hutan dengan bantuan 13 pesawat dan tiga helikopter, menurut Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.
Pada 2022, 72,000 hektar tanah musnah dijilat api, menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Mengindoktrinasi Trauma Bangsa Melayu Terhadap DAP Mesti Di Mulakan Dari Sekarang
- Mana Suara Ketua Pemuda UMNO Malaysia Bila Si Kitol Muncul Di Melaka?
- Berhenti Dari Syok Sendiri Dan Keluar Dari Sindrom Penafian Sekiranya Mahu Kekal Relevan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :