Mahathir alih isu memo bocor kepada isu pembebasan Zahid

Mahathir alih isu memo bocor kepada isu pembebasan Zahid

Mahathir alih isu memo bocor Pejabat Peguam Negara kepada isu pembebasan Zahid.

Sah Mahathir amat terganggu dan tidak ada jalan keluar untuk selamatkan diri dari isu memo bocor Pejabat AG berkaitan kes Zahid dan Najib.

Sudah hampir dua minggu semenjak isu memo pejabat AG dimana DPP Gharib Akram sahkan kes terkait Datuk Seri Najib dan Zahid Hamidi sudah di cop ” tiada kes” untuk diteruskan diviralkan.



Namun, sejak dari itu juga Mahathir tidak berani memberi komen atau respon.

Sebagai orang yang sering sahaja ada perkara hendak dicakap, Mahathir pilih untuk membisu bagi hal memo bocor ini.

Malah Mahathir sanggup tulis panjang lebar berkenaan surat yang dikatanya palsu berkenaan minta dana dari Amerika dan tulis kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Ia adalah cubaan ” futile ” Mahathir untuk alih tumpuan.



Terkini apabila Presiden UMNO Ahmad Zahid didapati tidak bersalah pada 47 pertuduhan yang direka oleh Mahathir dan Tommy Thomas , Mahathir jadikan peluang ini untuk alihkan tumpuan rakyat dari isu memo bocor.

Orang seperti Datuk Ibrahim Ali antara tampil membuat kenyataan.

Mahathir alih isu memo bocor kepada isu pembebasan Zahid

Selain itu Syed Saddiq , Ambiga serta Peguam Parti MUDA juga turut membantu memeriahkan protes pembebasan.



Apa yang pelik tiada hujahan berkenaan fakta kes yang diberi selain protes kosong tanda tidak puas hati sahaja yang dipamerkan.

Ketika memo bocor pun mereka mereka ini tidak muncul beri komen.

JELAS HIPOKRASI TELAH DIAMALKAN 

Semua pihak harus mendesak dan berulang kali menyoal tentang kandungan memo bocor pejabat AG itu kerana ia pembuktian kejahatan Mahathir dan Tommy Thomas.

Mahathir berdiam diri tidak mengulas pun “proof enough” beliau ada berasa salah dan terkait.



Maka, jangan lah terpedaya dengan protes palsu berkenaan pembebasan Zahid, ia semata mata kerja alih perhatian dari isu memo bocor yang mendedahkan tingkah laku sumbang Mahathir dan Tommy Thomas sahaja.

Dipercayai jika disiasat oleh SPRM bagaimana setelah disahkan tiada merit pada kes tapi diteruskan juga mungkin ada ciri ciri rasuah untuk mengerakan beberapa pihak untuk buat kerja mendakwa.

Ini yang sangat menakutkan Mahathir dan Tommy Thomas.

Maka atas sebab itu lah kedua Mahathir dan TT membisu tanpa memberi ulasan sambil kuncu kuncu lain cuba membantu dengan kecohkan pembebasan Zahid.



Ini semua kerja terancang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button