Pengundi mati dianggap beban oleh Ahli Parlimen PN

 

Oleh – Adam Malik


 

Pengundi mati dianggap beban oleh Ahli Parlimen PN
Mejar Jeneral (B) Dato’ Khlir Mohd Nor – Ahli Parlimen Ketereh

Pengundi mati dianggap beban oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional.



Seorang ahli Parlimen mewakili Perikatan Nasional dari Ketereh YB Khlir Mohd Nor telah menyampaikan rasa kesusahan beliau sebagai wakil Parlimen yang terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri untuk memberi sedekah dan menderma kepada penduduk dan pengundi yang beliau wakili.

Pengundi mati dianggap beban oleh Ahli Parlimen PN

Kenyataan ini menjadi viral dan menjadi bualan paling popular dalam media sosial semalam dan juga hari ini.

Apa yang beliau maksudkan adalah untuk memohon peruntukan tambahan dari Perdana Menteri kepada wakil rakyat dan ahli Parlimen walau pun dari blok pembangkang, namun cara penghujahan dan penyampaian beliau adalah seolah olah memberi sedekah dan bantuan adalah satu beban kepada beliau.



LETAK JAWATAN JIKA TIDAK MAMPU GALAS TANGGUNGJAWAB

 

Ini sebenarnya antara fungsi dan tugas wakil rakyat.

Jika YB Ketereh Mohd Khlir tidak mampu galas tugas asas ini, maka elok sahaja letak jawatan.



Ramai lagi yang mampu ambil alih tugas bantu rakyat jika sudah rasa bantu rakyat itu satu bebanan.

Membantu rakyat ini sebenarnya satu tugas lazim wakil rakyat umno yang bertaraf ketua Bahagian sahaja dan ia bukan satu perkara besar.

Atas sebab itu calon mewakili umno selalu nya yang berduit dan ada kemampuan kerana faham antara tugas tugas asas hendak mewakili rakyat.

Mereka dicalonkan setelah ada “track record” turun kepadang membantu rakyat.



Maka dengan cara sebegini rakyat dapat wakil rakyat yang sudah terbiasa dengan kerja amal jariah.

Rumusan nya, terlalu jelas Ahli Parlimen PN Ketereh nampak nya tidak biasa dengan dunia politik dan tidak faham sebab sebab berpolitik.

Pendapat ini diperkuatkan lagi atas sebab Mohd Klhir juga adalah calon ‘first timer:

Memberi sedekah dan bantuan itu adalah fungsi asas untuk dipilih rakyat.



Pengundi mati dianggap beban oleh Ahli Parlimen PN

Dikawasan Ketereh Mohd Khlir mahu mendapat ribuan undi namun, membantu 5-6 keluarga simati dianggap beban pula.

Usah bermain tepian pantai jika takut kepada air.

Usah pilih jadi wakil rakyat jika tidak suka bantu rakyat , nama pun wakil rakyat.



Inilah masalah politik negara Malaysia dimana rakyat tidak lagi pilih wakil rakyat yang berkualiti kerana rakyat diumpan isu isu dan cerita skandal untuk kaburi mata mereka.

Akhirnya siapa yang rakyat pilih ?

Seorang wakil yang tidak faham fungsi asas sebagai wakil rakyat.

Sebelum hal ini, sudah ada kisah wakil rakyat yang meminta derma dari rfakyat untuk membhka put khidmat.

Wakil rakyat yang juga mewakili PN telah menjadikan rakyat sebagai sumber mInta derma untuk membuka pejabat wakil rakyat.

Maka sudah menjadi tunggang terbalik pula sistem memilih wakil rakyat, rakyat pula yang perlu membantu wakil rakyat dan bukan sebaliknya.

Rakyat seharus membetulkan cara yang tidak elok ini.

Tolak calon calon yang hanya pandai berkata kata sahaja tetapi tidak pandai mengurus kesusahan rakyat.

Apabila diperlukan disaat susah mereka tidak mampu ‘deliver’ dan akhirnya yang rugi adalah rakyat juga.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button