Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai
Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai
Dalam Pilihanraya Negeri Kelantan yang lepas, rakyat Kelantan memberikan mandat yang cukup besar kepada Perikatan Nasional.
Dari 45 kerusi DUN yang dipertandingkan, Perikatan Nasional memenangi 43 kerusi DUN dan PH/BN hanya memenangi 2 kerusi DUN.
Dari 43 kerusi DUN yang dimenangi oleh Perikatan Nasional, PAS memenangi 40 kerusi DUN, manakala sekutu mereka PPBM, memenangi 3 kerusi DUN.
Ini membuatkan Perikatan Nasional bukan setakat mendapat 2/3 majoriti di DUN Kelantan, tetapi mereka menguasai 95% di DUN Kelantan.
Rakyat Kelantan yang memberikan undi kepada Perikatan Nasional sudah pasti bersorak gembira atas kejayaan parti mereka.
Sudah tentulah mereka mengharapkan, dengan mandat yang cukup besar itu, kerajaan PAS Kelantan akan dapat membangunkan negeri Kelantan supaya setanding dengan negeri yang lain.
Ladang Musang King Kelantan Milik Siapa?
Baru-baru ini kerajaan PAS Kelantan dengan bangga mengumumkan bahawa ladang Musang King terbesar di Malaysia kini berada di Kelantan.
Memang sepatutnya dibanggakan kerana ianya diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record (MBOR).
Tetapi di sebalik perasaan bangga kerajaan PAS Kelantan dengan ladang durian Musang King tersebut, timbul persoalan.
Adakah ianya dimiliki oleh kerajaan Kelantan?
Harapandaily.com melaporkan, kerajaan PAS dipercayai menjual tanah seluas 2,545 ekar kepada tauke Cina dengan pajakan selama 99 tahun.
Setiap ekar yang tanah tersebut dijual dengan harga RM3,603 seekar.
Ladang tersebut adalah milik syarikat Sindiyan Plantation Sdn Bhd.
2 pengarah utama yang menguasai syarikat tersebut adalah Gan Boon Tian dan Chai Chun Hee.
Unjuran keuntungan dari hasil ladang durian Musang King yang bakal diperolehi oleh syarikat tersebut dianggarkan sekitar USD1.5 bilion atau RM7.037 bilion.
Dari jumlah keuntungan yang sangat besar itu, apakah ada kebaikan atau munafaat secara langsung terhadap kehidupan rakyat Kelantan?
Atau rakyat Kelantan hanya dapat menumpang berbangga kerana ladang durian Musang King terbesar di Malaysia berada di bumi mereka.
Satu yang pasti, di sebalik perasaan bangga itu, rakyat Kelantan tetap terpaksa membayar harga Musang King tersebut, sekiranya mereka mahu menikmatinya.
Walau pun hasilnya datang dari bumi mereka sendiri.
Inilah yang dikatakan, bumi dipijak milik orang!!!
Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mantan Hakim Kanan: Institusi Raja Perlu Bertindak Untuk Bersihkan Institusi Undang Undang
- Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid
- Politik PAS Era Hadi Memecahbelahkan Ummah