Turkmenistan, UK jalin kerjasama baharu dalam ekonomi kreatif
BAKU, 10 Ogos — Turkmenistan dan United Kingdom (UK) menjalin kerjasama baharu dalam ekonomi kreatif, kata jurucakap Kementerian Luar UK kepada agensi berita Trend.
Pegawai tersebut berkata kerjasama itu terjalin walaupun terdapat cabaran global yang ditimbulkan pandemilk COVID-19.
“Kami komited untuk memastikan bahawa pemulihan global daripada COVID-19 akan berterusan, membuka jalan untuk kerjasama dan perkongsian kepakaran di masa depan antara institusi Universiti, Penyelidikan & Pembangunan yang terkenal di Britain dan rakan sejawatnya di Turkmenistan,” kata jurucakap itu.
Secara amnya, UK terus bekerjasama dengan Turkmenistan dalam beberapa bidang seperti tenaga, pendidikan, pertanian dan kewangan.
UK meneruskan untuk membangunkan tugas oleh organisasi antarabangsa di Turkmenistan dalam hak asasi manusia, tadbir urus baik, dan menyokong perusahaan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, tambah jurucakap itu.
“Penglibatan UK dengan institusi-institusi ini terbukti sangat berkesan dalam menyokong reformasi yang mantap dalam kerajaan dan meningkatkan persekitaran perniagaan,” kata MFA.
Sektor utama Turkmenistan yang menarik pelabur UK adalah minyak, gas dan bahan kimia. Juga, beberapa pihak yang mempunyai sejumlah projek yang sedang berlangsung khususnya dalam teknologi pertanian dan sektor tenaga.
— BERNAMA