Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar
Oleh – Adam Malik
Ada juga beberapa pihak yang dikatakan datang dari kalangan ahli UMNO kawaasan DUN Pelangai tidak berpuas hati dengan pencalonan Amizar Abu Adam.
Dilaporkan kononnya pencalonan AAA tidak mendapat persetujuan beberapa kalangan ahli UMNO atas sebab melangkah bendul dan sebagainya.
Menurut pendapat AAA sendiri kesemua ahli UMNO dan Barisan Nasional sudah pun memberi persetujuan dan berikrar bahawa siapa juga yang dilantik akan tetap diberi sokongan sepenuhnya.
Maka desas desus konon ada ‘discontent’ atas pencalonan nya mungkin sekadar mahu mencetus keraguan dan memecah belahkan sokongan padu ahli UMNO dan BN sahaja.
Pada siri kempen yang dilakukan , AAA dapati sambutan yang diterima amat memberangsangkan terutamanya dari kalangan Masyarakat FELDA.
Penduduk FELDA membentuk kebanyakan kalangan pengundi , maka, tumpuan utama sudah pastil ah Kawasan ini.
Sambil itu Kawasan sekitar juga tidak dipinggirkan.
Negeri Pahang mencatat pertumbuhan ekonomi yang pesat dan banyak Pembangunan sedang rancak dijalankan dibawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO.
AAA juga memberi peringatan kepada pengundi berkenaan peranan beberapa bekas pemimpin UMNo yang cuba mempengaruhi pengundi dan mahu mereka memberi sokongan kepada Perikatan Nasional.
“Jangan terpedaya dengan mereka mereka ini yang sudah melompat dan bertukar haluan” kata Amizar
Media memetik ada ahli UMNO menyatakan ramai ahli UMNO tidak berpuas hati atas perlantikan Amizar antara nama yang dipetik adalah Radfizi Salleh .
Radfizi menyatakan Amizar adalah calon ‘recycle’ yang sudah tewas sebelum ini.
Apapun dari pemerhatian awal, dipercayai BN masih mendahului dalam kempen kali ini dan tidak ada sebab munasabah untuk pengundi N36 DUN Pelangai menukar haluan kerana ia tidak mendatangkan apa apa kebaikan kerana BN perintah negeri Pahang dan kenapa pula penduduk mahu tersisih dari Pembangunan pesat dan rancak yang sedang dlaksana di Pahang dibawah Wan Rosdy.