Shuib Sangka Watie Tidak Pandai Masak
Dek Kerana Lauk Pertama Terlalu Masin
Shuib Sangka Watie Tidak Pandai Masak
Shuib Sangka Watie Tidak Pandai Masak
Usahawan dan pengacara, Shuib, mendedahkan pernah gusar dan risau sekiranya isterinya, Watie Hanifiah tidak mahir memasak selepas berkahwin memandangkan semua anaknya sangat cerewet tentang makanan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 39, bercerita, sebelum berkahwin, Watie pernah menghantar nasi Arab yang dimasaknya sendiri ke rumah Shuib.
Namun, rasa hidangan tersebut terlalu masin membuatkannya berfikir bahawa mungkin Watie tidak berbakat dalam memasak.
“Namun selepas kahwin, saya boleh cakap Watie ada kebolehan memasak yang sangat luar biasa. Walaupun banyak lauk yang Watie masak buat pertama kali, semuanya sedap.
“Apa yang Watie masak, semuanya menjadi. Sambal belacan sahaja pun sudah sedap apalagi ayam asam pedas, rendang, sup tulang dan ayam kicap, semuanya sedap.
“Sebelum kahwin dia pernah hantar makanan tapi rasanya sangat masin. Risau juga saya sebab anak-anak suka makan. Bila Watie masak sedap, Alhamdulillah saya dan anak-anak sangat bahagia,” katanya.
Ketawa mendengar pengakuan Shuib, Watie mendedahkan akan mencari dan merujuk resepi di laman web sebelum memasak apa-apa hidangan.
“Kelebihan saya mungkin pandai rasa. Sebab ada orang yang rajin masak, tapi tidak tahu rasa masakkan.
“Tambahan pula anak-anak semua jenis yang suka beri ‘rating’ masakan. Lepas habis makan, mereka akan beri bintang. Kalau mereka beri markah 100/10, maksudnya memang sedap lauk itu.
“Sebelum kahwin saya makan ayam sahaja. Tapi lepas kahwin, anak-anak suka lauk pelbagai. Sebab itulah saya mula masak bermacam jenis hidangan buat pertama kali,” tambah Watie.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Kemaman, untung sabut atau untung batu buat BN?
- Isu 1MDB datang menghantui Muhyiddin, Rosli dan Zafrul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?