Tujuh polis cedera dalam insiden letupan bom, berbalas tembakan di Tak Bai

Tujuh polis cedera dalam insiden letupan bom, berbalas tembakan di Tak Bai

Tujuh polis cedera dalam insiden letupan bom, berbalas tembakan di Tak Bai
GAMBAR HIASAN

Narathiwat (Selatan Thailand): Sekurang-kurangnya tujuh anggota polis cedera dalam insiden letupan bom dan berbalas tembakan di Tak Bai Narathiwat, di selatan Thailand pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Tak Bai Leftenan Kolonel Polis Jarukit Sridech berkata satu letupan bom berlaku di depan sebuah kedai emas, kira-kira 1.30 pagi (waktu tempatan).

“Sebutir bom buatan sendiri seberat 20 kilogram diletupkan dan menyebabkan kedai emas itu musnah.



“Sejurus itu, pos keselamatan polis Tak Bai yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian turut diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata.

“Insiden berbalas tembakan berlarutan hampir 30 minit.

Jarukit berkata satu lagi insiden letupan bom turut dilaporkan berlaku kira-kira 200 meter dari tempat kejadian pertama.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.



Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum ulang tahun ke-19 Tragedi Tak Bai yang menyaksikan 85 peserta protes maut.

Tragedi itu berlaku pada 25 Oktober 2004 selepas peserta protes bertindak ganas apabila tentera melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah lebih 1,000 peserta, di luar Balai Polis Tak Bai.

Protes itu diadakan kerana membantah penahanan enam lelaki yang dituduh merompak senjata api milik kerajaan Thailand dan membekalkannya kepada pihak pemberontak.

Tujuh polis cedera dalam insiden letupan bom, berbalas tembakan di Tak Bai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button