Hadi Tuduh Anwar Tidak Laku Secukupnya Membela Palestin

Hadi Tuduh Anwar Tidak Laku Secukupnya Membela Palestin

Hadi Tuduh Anwar Tidak Laku Secukupnya Membela Palestin

Semasa perbahasan RUU Perbekalan 2024, Hadi Awang, menuduh kerajaan tidak melakukan secukupnya untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

“Malaysia wajar menjadi pihak yang lantang mendesak Israel, Amerika Syarikat dan sekutunya dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa”.

“Ia bagi membolehkan rejim Zionis dan sekutunya diadili susulan penindasannya ke atas Palestin yang berlarutan sejak sekian lama”.



“Kerajaan Malaysia mesti ke hadapan, tegas dan bertindak”.

“Berani walaupun (negara) kita kecil, berani kerana benar”.

“Desak supaya mereka yang terbabit dalam keganasan Israel dan sekutunya dihadapkan ke ICJ”.

“Ini sangat penting dan mesti dilakukan bersungguh-sungguh,” kata Hadi.



Penulis berpendapat, mungkin Hadi baru keluar dari gua atau masih pening dengan bau busuk tandas di Masjid Rusila.

Tuduhan dan gesaan Hadi ternyata tidak berasas dan dibuat dengan terburu-buru untuk memainkan watak hero Palestin dari Malaysia.

Tahukah Hadi, kerana ketegasan kerajaan mengkritik kezaliman Zionis dan membela rakyat Palestin, kini Malaysia terpaksa membayar dengan harga yang cukup tinggi.

Anwar Ibrahim mendedahkan, Malaysia kini dikritik dan diberi tekanan oleh negara kuasa besar yang pro Amerika dan sekutu Israel.



Kesannya sudah dapat dilihat sekarang apabila nilai Ringgit jatuh ke paras yang paling rendah dalam 25 tahun.

Asas yang digunakan oleh mereka kerana Malaysia dituduh menyokong kumpulan militan pengganas Hamas.

Mungkin Hadi tidak tahu, Hamas sudah pun dilabelkan sebagai sebuah kumpulan militan pengganas oleh Amerika dan Kesatuan Eropah.

Dalam isu Palestin, kerajaan mesti bertindak berhati-hati dalam menyatakan sokongan yang tegas kepada Palestin dan mengkritik Israel.



Namun ini tidak bermakna Malaysia akan mengubah penidiran dari menyokong Palestin kepada menyokong Israel.

Kesimpulannya, apa yang Hadi ucapkan di dalam parlimen tidak lebih hanya sekadar retorik politik sahaja.

Apa pula yang sudah Hadi lakukan dalam isu ini?

Cukup-cukuplah berpolitik, janganlah nasib rakyat Palestin dan masa hadapan Masjid Al Aqsa pun hendak ditunggang!!!



 

Hadi Tuduh Anwar Tidak Laku Secukupnya Membela Palestin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button