Proklamasi sudah mati, Gelombang hijau terbantut, Tsunami Bebas Najib mula bangkit

 

Oleh Adam Malik

Tidak dapat dinafikan suara suara mahu Datuk Seri Najib Razak dibebaskan dari penjara semakin lantang.



Program mahu DSNR dibebaskan semakin mendapat sambutan.

Orang orang utama politik sudah tidak berani bersuara berkenaan kes 1MDB kerana takut akan memakan diri.

Jika dahulu sebelum ini, Tun Mahathir antara paling lantang bersuara dan bercakap berkenaan 1MDB , hari ini beliau antara paling pengecut untuk membicarakan nya.

Apa tidaknya apabila banyak pembuktian baru dan penemuan baru sudah muncul yang Tun Mahathir sendiri tidak berani ulas dan mengelak untuk mengulas kerana semua dapatan baru menunjukan Najib Razak tidak bersalah.



Tambah lagi isu terkini mendapati pihak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terbabit dalam hal menghalang dokumen yang disimpan oleh pihak Peguam dan sahabat nya berkenaan ‘settlement” 1MDB dihalang dari diserah kepada pihak SPRM.

Rakyat menyangka sepatutnya pihak Muhyiddin dan sahabat nya Rosli Dahlan akan bergembira dan suka rela menyerah dokumen itu kerana yang dikira bersalah dan jahat adalah DSNR, tetapi sebalik nya yang takut untuk menyerah dokumen adalah pihak yang sama berkonspirasi mengenakan DSNR.

Pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum , tambah lagi jumlah pnyelesaian dengan Goldman Sach sangat rendah seolah olah ada ‘deal’ sulit makan tengah sudah berlaku.



Apapun syak Wasangka rakyat berkenaan hal ini boleh diketepikan jika ada keberanian menyerah dokumen itu tanpa menggunakan mahkamah untuk menghalang.

Kembali kepada topik diatas, apabila kebenaran muncul ,maka bathil akan tenggelam.

Laungan Proklamasi Melayu palsu oleh Tun Mahathir sudah pun mati apabila rakyat menyedari dari awal ia bukan untuk kebaikan orang Melayu selain hanya platform untuk Mahathir mengumpul golongan yang akan menyokong nya demi melawan golongan melayu yang tidak menyokong nya.

Hipokrasi Mahathir Ketika satu waktu dulu menyatakan pemimpin UMNO Kluster mahkamah tidak boleh menyertai perjuangan Kongres Melayu kini memalukan dirinya apabila semua puak Kluster mahkamah dari parti BERSATU boleh pula bersama dengan Proklamasi Melayu.



Itu lah Mahathir dengan penuh kepalsuan, tambah lagi Mahathir tiada track record membantu Melayu sepanjang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dimana ekuiti ekonomi dan kekayaan Bumiputera kekal ditahap yang sama selama 22 tahun.

Kemudian Mahathir menjadi parasit pula bergayut dengan Parti PAS demi kesinambungan hayat politik nya.

Mahathir tidak perlu melalui sejuta lebih ahli PAS untuk menyelusup, cukup sekadar memegang beberapa tengkok pemimpin yang jahil untuk mendapat seluruh PAS,

Mahathir sangka PAS akan terus maju dengan Gelombang hijau nya sehingga PRU16 . namun selepas Enam PRN sahaja gelombang hijau terus malap dan terbantut di negeri Johor dan Pahang.



Tidak semua orang Islam termakan dakyah para Ustaz dan Ulama Palsu yang ketagih jawatan dan kereta mewah.

Kini, apa yang terjadi?

Gelombang #DemiNajib mula bangkit perlahan perlahan dan “gaining ground”.

Sebuah majlis DemiNajib baru baru ini mendapat Sambutan luarbiasa dan penuh dewan menyambut acara itu.



Wartawan dari portal kami menyaksikan sendiri acara itu dan melihat begitu bersemangat nya para hadirin.

Tidak hirau akan hujan lebat penyokong DSNR datang beramai ramai memenuhi dewan Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru untuk mendengar ucapan dan pandangan Tiga orang anak Bossku memberi ucapan dan kata kata.

Nazif, Nizar dan Yana datang untuk menjayakan majlis yang mendapat sambutan luarbiasa.

Seperti yang kami nyatakan , Proklamasi melayu palsu sudah mati, gelombang Hijau sudah terbantut, yang mula bangkit dan mendapat momentum sikit demi sedikit adalah gerakan #BebasNajib dan #DemiNajib .

Benarlah kata apabila kebenaran muncul , bathil akan tenggelam dengan sendirinya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button