PRK SLIM – WAKIL CALON BEBAS PERSENDA KEMATIAN ALLAHYARHAM DATO KHUSAIRI (VIDEO)

 WAKIL CALON BEBAS PERSENDA KEMATIAN ALLAHYARHAM DATO KHUSAIRI

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/08/VID-20200826-WA0053.mp4[/KGVID]

Memeranjatkan dan amat meyedihkan apabila wakil calon Mahadee Ramli dalam ucapannya telah mempersendakan kematian Allahyarham Dato Khusairi dengan mengatatakan orang Slim akan ingat yang bertanding itu adalah Allahyarham dan memberikan undi kepada calun Pejuang yang mempunyai nama yang sama.

Saya percaya, masyarakat Slim N58 sudah pastinya tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil calun Pejuang ini.

Persoalannya , apakah tidak ada cara lain lagi untuk meraih simpati selain dari membuat persamaan dengan orang yang telah meninggal?

Justeru itu, saya berharap masyarakat serta pengundi Slim N58 mengecam tindakan yang tidak beradab dan bermoral ini serta memastikan wakil calun serta calunnya ditolak sepenuhnya dalam pilihanraya kecil N58 nanti.

Dibawah ini adalah diantara kecaman yang telah diluahkan kepada wakil calun Pejuang.

Tak tercapai dek akal apabila ada orang yang mempersenda hal kematian semata-mata mahu meraih undi. Jika di Tanjung Piai, Syed Saddiq ‘mengarwahkan’ calon dan kemudian ‘mengarwahkan’ ibu calon Pakatan Harapan, kini mereka (wakil calon bebas) pula mengulangi perkara sama.

Biasalah dalam pilihan raya kita bebas berstrategi untuk raih undi. Kalau nak guna strategi cari calon nama hampir serupa dengan arwah YB Dato Khusairi dengan harapan dapat kelirukan pengundi dan akhirnya parti kamu menang, gunakanlah.

Tapi perlukah sampai nak sebut arwah akan ‘kembali’ untuk bertanding dalam pilihan raya ini? Takkanlah kamu sudah tidak ada modal hinggakan hal kematian dijadikan bahan jenaka berkempen? Itu biadab namanya.

Sebagai ingatan kepada wakil calon Bebas dan rakan-rakan jentera tajaan parti baru Tun M ini supaya berhati-hati. Ya, kamu boleh jadikan hal kematian arwah sebagai bahan ketawa pengundi bukan Melayu, tetapi ia akan mengguris hati ramai orang. Rata-rata orang Slim kenal dan akrab dengan arwah atas jasa-jasanya.

Kalau pun tiada rasa simpati, jangan kita sampai hilang rasa hormat. Arwah baru sangat meninggalkan kita. Keluarga arwah tentunya masih berduka.

Mahu berpolitik pun, berpada-padalah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button